Date: Jumaat, Februari 3, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. ALIAS BIN MOHD ZIN yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 27 JANUARI 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik bertempat di Jurutera Daerah Hulu Terengganu pada 1 Oktober 1986. Beliau telah berkhidmat lebih 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1986-1988: Pembantu Teknik (J5), Jurutera Daerah Hulu Terengganu
  2. Tahun 1988-1989: Pembantu Teknik (J5), Jabatan Parit dan Tali air Besut.
  3. Tahun 1989-1996: Pembantu Teknik (J5), Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu
  4. Tahun 1996-1999: Jurutera Projek (J41), JKR Perlis ( Projek Maktab Perguruan Perlis)
  5. Tahun 1999-2003: Ketua Penolong (J41), JKR Perlis
  6. Tahun 2003-2005: Penolong Pengarah Jalan (J41), JKR Pahang
  7. Tahun 2005-2006: Penolong Pengarah (J44), Jabatan Perumahan Negara ( Kader )
  8. Tahun 2006-2007: Jurutera Bangunan (J44), JKR Daerah Gombak
  9. Tahun 2007-2010: Ketua Penolong Pengarah (J44), JKR Selangor
  10. Tahun 2010-2014: Timbalan Pengarah Pembangunan(J52), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ( Pinjaman )
  11. Tahun 2014-2015: Ketua Penolong Pengarah(J48) Cawangan Kerja Pendidikan
  12. Tahun 2015-2018: Jurutera Daerah(J52), JKR Daerah Batu Pahat
  13. Tahun 2018-2023: Jurutera Awam Penguasa Kanan(J54), JKR Johor

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Lembaga Jurutera Malaysia – 2010

b) Lain-Lain Kelayakan  Kekompetenan

  1. Certified Workplace Assessor – 2018
  2. Register Project Manager ( CBAS JKR ) – 2010
  3. Register Project Director ( CBAS JKR ) – 2021
  4. Certified Construction Project Manager ( CCPM ) CIDB – 2021

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pembentangan Kertas Kerja sempena Mesyuarat Pegawai Kanan JKR 2017 di Kuantan Pahang – 22 - 24 Mei 2017
  2. Pembentang Kertas kerja sempena Semianr Penguirusan Projek 2019 di Melaka – 11 September 2019
  3. Jawatakuasa Keselamatan Jalanraya ( Kluster NBOS ) Kementerian Pengangkutan Malaysia

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Pasukan Boling JKR Johor – Johan Sukan JKR SeMalaysia 2016
  2. Pasukan Boling JKR Johor – Johan Sukan JKR SeMalaysia 2018
  3. Pasukan Boling JKR Johor – Johan Sukan JKR SeMalaysia 2022
  4. Ketua Kontijen  Pasukan JKR Johor – SURYA 2022

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Pingat Mahkota Perlis ( PMP ) – 2004
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2021
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2016
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2014
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2007
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2004
  • Anugerah Inovasi Pengurusan Pembinaan Terbaik 2021

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs Ir. ALIAS BIN MOHD ZIN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"