Date: Jumaat, September 2, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. Anisah binti Saim, PENGARAH BAHAGIAN TEKNIKAL, JABATAN AUDIT NEGARA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 3 September 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam bertempat di Cawangan Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya Malaysia,pada 1 Disember 1992. Beliau telah berkhidmat hampir 30 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1990-1992: Jurutera Awam,(J3)(Kontrak), Cawangan Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya Malaysia
  2. Tahun 1992-2005: Jurutera Awam (J3)(Tetap), Cawangan Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya Malaysia
  3. Tahun 2005-2011: Penolong Pengarah Kanan (J44/J48), Jabatan Kerja Raya Selangor
  4. Tahun 2011-2013: Penolong Pengarah Kanan (J48), Bahagian Pengurusan Kualiti, Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  5. Tahun 2013-2014: Ketua Penolong Pengarah (J52), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR
  6. Tahun 2014-2017: Ketua Penolong Pengarah (J52), Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan, Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  7. Tahun 2017-2018: Jurutera Awam Penguasa Kanan(J54), Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
  8. Tahun 2018-2020: Jurutera Awam Penguasa Kanan(J54), Bahagian Pengurusan Kualiti, Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR.
  9. Tahun 2020-2022: Pengarah (JUSA C), Bahagian Teknikal, Jabatan Audit Negara

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) sebagai Professional Engineer with Practising Certificate (No. Reg.: PEPC C114008)
  2. Berdaftar dengan Institution of Engineers Malaysia (IEM) sebagai Associate Member (Membership No.: 37971) (2009)
  3. Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB) (2007) (No. AKRAB: A324607)

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Certified Registered Project Manager (JKR RP0013/11)
  2. Certified Project Manager registered with CIDB(PM No 00199)
  3. Lead Auditor for Integrated Management System (IMS) from S3G (The Systems 3 Group PTY Ltd)  Tahun 2011
  4. Lead Auditor ISO 45001:2018 OSH Management System (SIRIM STS S/B)
  5. QLASSIC Qualified Assessor Step 3 (CIDB Malaysia)
  6. Pensijilan Jurutera Awam JKR in Structural  Engineering(Building) Tahap 3 SEB-3-0014
  7. Sijil Perakuan Kecekapan Pengurusan bagi Pengurus Projek Pembinaan CIDB Tahun 2018

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

Peringkat Jabatan Audit Negara ( Tahun 2020 - 2022)

  1. Ahli Jawatankuasa SOP Pengauditan di Lapangan
  2. Ahli Jawatankuasa Garis Panduan Pengauditan Projek Jilid 1 (Pindaan 2021) dan Garis Panduan Pengauditan Projek Jilid 2
  3. Ahli Panel Jawatankuasa Sebut Harga Firma Audit Swasta (FAS)
  4. Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan Audit Negara

Peringkat Jabatan Kerja Raya Malaysia

  1. Ketua Pasukan Audit untuk Sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) Tahun 2013 – 2017
  2. Safety Health Representative (SHR) JKR Malaysia
  3. Ahli Jawatankuasa Laluan Kemajuan Kerjaya Penilaian Khas (Fast Track) bagi Pegawai Gred J54, J52 & J48 di JKR Tahun 2017
  4.  
  5. Panel Penemuduga bagi Urusan Pemangkuan Pegawai P&P Tahun 2014, 2015, 2018 ,2020 dan 2021
  6. Wakil Jabatan dalam Lembaga Naik Pangkat KKR bagi Kumpulan Sokongan Tahun 2014 - 2017
  7. Pengerusi Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset Alih Kerajaan Tahun 2012 - 2017
  8. Pegawai Integriti Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Tahun 2017
  9. Panel Penilai bagi Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Cawangan dan JKR Negeri Tahun 2018
  10. Penceramah Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) kepada JKR ibu Pejabat/Negeri  dan Pegawai P&P Baharu Tahun 2018 - 2020
  11. Ahli Jawatankuasa Pelan Tindakan Pengukuhan Integriti (PTPI) JKR 2018 - 2020
  12. Urus setia Persidangan Pegawai Kanan (SOC) dan Hari Inovasi  JKR Malaysia Tahun 2018 & 2019
  13. Ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) Tahun 2019
  14. Ahli Jawatankuasa Penilaian bagi Pakej Latihan CDPK Tahun 2019 -2020
  15. Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga CDPK Tahun 2019 – 2020

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa AKRAB JKR Malaysia Tahun 2012 - 2017
  2. Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat Tahun 2015 - 2020
  3. Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya Tahun 2017 - 2018

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Johan Setia Mahkota (J.S.M.) – Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) 2022
  2. APC (IPJKR) Tahun 2018
  3. APC (JKR Selangor) Tahun 2008
  4. APC (IPJKR) Tahun 2003
  5. APC (IPJKR) Tahun 1998

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrsIr ANISAH BINTI SAIM dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"