Date: Isnin, September 3, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. AZHARI BIN SHAHARUDDIN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 5 September 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Jurutera Awam pada 1 September 1983 dan ditempatkan di Unit Jambatan, Cawangan Rekabentuk & Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1.

1983 – 1985

:

Jurutera Awam, Unit Jambatan, Cawangan Rekabentuk & Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

2.

1985 – 1986

:

Jurutera Awam, JKR Daerah Kerian, Parit Buntar, Perak.

3.

1986 – 1989

:

Jurutera Awam, JKR Daerah Perak Tengah, Parit, Perak.

4.

1989 – 1991

:

Jurutera Awam, JKR Daerah Hulu Perak, Gerik, Perak.

5.

1991 – 2004

:

Jurutera Awam, Bahagian Bangunan, JKR Terengganu.

6.

2004 – 2007

:

Jurutera Awam Kanan, Bahagian Bangunan, JKR Terengganu.

7.

2008 – 2011

:

Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

8.

2011 – 2012

:

Jurutera Awam Penguasa, JKR Daerah Kuantan.

9.

2012 – 2014

:

Jurutera Awam Penguasa, PPAMPS, KeTTHA, Cyberjaya.

10.

2014 – 2016

:

Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

11.

2016 – 2018

:

Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

 






















 


Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah

1. Anugerah Khidmat Cemerlang KKR Tahun 2000

2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Terengganu Tahun 2007

b) Pengiktirafan kelayakan profesional

1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia

Warga JKR merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan selama berkhidmat sebagai penjawat awam dan di JKR khasnya. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan JKR di kedudukan pada masa ini. Seluruh warga JKR mendoakan agar YBRS. IR. AZHARI BIN SHAHARUDDIN sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.

Selamat maju jaya dan selamat bersara.