Date: Isnin, Oktober 25, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. Dr. LIM CHAR CHING, PENGARAH KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 25 OKTOBER 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J3) di Unit Jambatan, Cawangan Jakan JKR Malaysia pada 13 September 1984. Beliau telah berkhidmat hampir 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1984-1990: Jurutera Awam (J3), Unit Jambatan, Cawangan Jalan, JKR Malaysia
  2. Tahun 1990-1992: Cuti Belajar
  3. Tahun 1992-1997: Jurutera Awam (J3), Cawangan Pangkalan Udara & Maritim, JKR Malaysia
  4. Tahun 1997-2001: Cuti Belajar
  5. Tahun 2001-2007: Penolong Pengarah Kanan (J48), Cawangan Struktur dan Kejuruteraan Pakar (CSKP)
  6. Tahun 2007-2008: Ketua Penolong Pengarah (J52), Cawangan Penyelidikan, JKR Malaysia
  7. Tahun 2008-2015: Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54), Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur & Jambatan (CKASJ)
  8. Tahun 2015-2020: Pengarah Kejuruteraan (Pakar Forensik) (JUSA C), Cawangan Jalan, JKR Malaysia
  9. Tahun 2020-2020: Pengarah (JUSA C), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi (CREaTE)
  10. Tahun 2020-2021: Pengarah Kanan (JUSA B-M), Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS)

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Professional Engineer with Practising Certificate (PEPC) berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia. (No. Pendaftaran: C16819)
  2. Ahli Korporat Institusi Jurutera Malaysia (Membership No: M8436)
  3. ASEAN Chartered Professional Engineer (ACPE)(No Pendaftaran : ACPE -02773/MY)
  4. Ahli Seumur Hidup Persatuan Konkrit Malaysia (Membership No: M0111)
  5. Ahli Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (Membership No : O.3560)

b) Lain-lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Pakar Kejuruteraan Forensik Struktur (SME) (Lantikan JPA)
  2. Sijil Kekompetenan (Tahap 4) Dalam Bidang Kejuruteraan Forensik Struktur

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

1.     Penulisan dan Penerbitan

  • Menulis dan menerbit 40 kertas teknikal di dalam proceedings/jurnal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kertas teknikal dalam bidang konkrit, siasatan forensik struktur, penilaian dan pembaikan struktur.
  • Penerbitan ilmiah bertajuk “Structural Inspection and Assessment” (367 mukasurat). Dokumen ini adalah kompilasi nota-nota ceramah dan pengalaman kerja (dalam bidang forensik struktur dan teknologi konkrit) sepanjang tempoh 37 tahun perkhidmatan di JKR. Bahan rujukan untuk jurutera forensik JKR (2018)

2.     Jawatankuasa Siasatan Kebangsaan

  • Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Kerosakan Jambatan di Jalan Mawilla 2, Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Pelantikan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016).
  • Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Keruntuhan Dinding Bangunan Dewan Serbaguna di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan (2016).
  • Ahli Jawatankuasa Unit Pemantauan Bebas Lynas Advance Material Plant. Pelantikan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (2012-2014).
  • Ahli Jawatankuasa Kecil (Teknikal) Penyiasatan Keruntuhan Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (2009).
  • Ahli Jawatankuasa Kecil (Teknikal) Penyiasatan Keruntuhan Jaya Supermarket, Petaling Jaya, Selangor. Pelantikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2009).
  • Jawatankuasa Penyiasatan Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai keruntuhan jambatan gantung di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta, Kuala Dipang, Perak (2009).
  • Ahli Badan Bebas Penyiasatan Keruntuhan Kompleks Pelancongan Pulau Banding di Gerik, Perak. Pelantikan oleh Kerajaan Negeri Perak (2008).
  • Ahli Jawatankuasa Kecil Penyiasatan Projek Swasta “Fatal Accident at Construction Site of Sri Hartamas Service Apartment” (2006). Pelantikan oleh CIDB.

3.     Lain-lain Jawatankuasa

  • Panel Penilai Kompetensi Pensijilan Awam JKR Malaysia – Bidang Kejuruteraan Forensik Struktur Tahap 3 & 4, Bidang Kejuruteraan Jambatan Tahap 2,3 & 4 (2018 – 2019)
  • Penceramah Jemputan CREaTE JKR Malaysia dan Akademi SPRM Kuala Lumpur bagi Kursus Kejuruteraan Forensik Struktur dan Teknologi Konkrit (2017 – 2019)
  • Pementoran kepada Jurutera Awam JKR bagi mendapat Pensijilan Kompetensi Forensik Tahap 2,3 & 4 (2017 – 2019)
  • Pementoran kepada Jurutera Awam JKR untuk pengiktirafan sebagai Jurutera Profesional dengan Lembaga Jurutera Malaysia (2017 – 2019)
  • Rakaman 2 jam video bagi modul e-Learning JKR bertajuk “Back to Basic: Concrete Durability” (2016)
  • Membangunkan e-learning modul JKR bertajuk “Penilaian Kerosakan Struktur” dengan Kerjasama CREaTE (2017)

4.     Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi

  • Ahli Jawatankuasa Pengajian Program Master Kejuruteraan Struktur, Universiti Putra Malaysia (2015).
  • “Industry Advisory Panel” bagi Universiti Teknologi Petronas (2012-2015).
  • Ahli Panel Penasihat Akademik bagi Program Kejuruteraan Siswazah, UNITEN (2006 – 2008).

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Member of 5th International Expert Committee of China Highway and Transportation Society, China (2017 – 2021).
  2. JKR Leading Expert on International Transport Technology Standards and Specification Systems, China Highway and Transportation Society (2017-2020).
  3. Member of SIRIM Technical Committee on “MS EN 1992: Part 2 – Design of Concrete Bridges” (2018 – 2019).
  4. Organising Committee Member of 10th Malaysia Road Conference / PIARC International Seminar on Asset Management (2018).
  5. Council Member of Road Engineering Association Malaysia, REAM (2017 – 2019).
  6. Lantikan oleh Institut Jurutera Malaysia sebagai “Mentor for Log-book Training Scheme” bagi melatih/membimbing jurutera graduan untuk menjadi Jurutera Profesional (2017).
  7.  Technical Expert Committee for Product Evaluation (2012-2016).
  8. Ahli Jawatankuasa Teknikal CIDB bagi pembangunan kod piawai “MS 2318:2010 on Demolition of Buildings” (2009 - 2010).
  9. Ahli Jawatankuasa “Professional Competency Examination”, Association of Consulting Engineers Malaysia, ACEM (2009).
  10. Ahli Jawatankuasa Piawaian CIDB bagi pembangunan kod piawai “CIS 7: Quality Assessment System In Construction” (2006).
  11. Ahli Jawatankuasa Piawaian SIRIM bagi pembangunan kod piawai “MS 523: Part 2 – Method of Specifying and Guidance for the Specifier” dan “MS 523: Part 3 – Specification for Constituent Materials and Concrete” (2005-2007).
  12. Ahli Jawatankuasa Teknikal Institut Jurutera Malaysia bagi pembangunan kod piawai “MS EN 1992: Standards in Design of Concrete Structures to Eurocode 2” (2004-2009).
  13. Pengerusi Kumpulan Kerja Institut Jurutera Malaysia mengenai “Concrete Durability to Eurocode 2” (2004 – 2006).

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Sijil Penghargaan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di atas sumbangan sebagai Ahli Jawatankuasa Kecil Penyiasatan Keruntuhan Bangunan Jaya Supermarket, Petaling Jaya, Selangor – (2009)
  2. Penghargaan daripada Institusi Jurutera Malaysia bagi sumbangan ke atas pembangunan Eurocodes EC0, EC1 dan EC2 di Malaysia – (2009)
  3. Sijil Penghargaan dari Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan di atas penglibatan dalam Badan Penyiasat Bebas Kes Keruntuhan Kompleks Pelancongan Pulau Banding, Gerik – (2008)
  4. IEM's Tan Sri Ir. Hj. Yusoff Prize for an Outstanding Technical Paper on Civil Engineering - "A Proposed Performance-Based Criterion For Cracked Reinforced Concrete In Marine Environment", Journal of the Institution of Engineers Malaysia, Vol.64, No. 1, pp.28-31, March 2003 – (2003)
  5. Penerima Anugerah Cemerlang Tahun – 1987, 2005 dan 2009

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. Ir. Dr. LIM CHAR CHING dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Tuhan.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"