Date: Khamis, April 20, 2017

 

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Dr. Ir. Mohamad Nor bin Omar, Pengarah CKG yang telah bersara wajib dari perkhidmatan awam bermula pada 22 April 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

 

YBrs. Dr. Ir. Mohamad Nor mula berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 20 Julai 1981. Sepanjang perkhidmatan selama 36 tahun, beliau telah bertugas di pelbagai cawangan di Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR Negeri, Pasukan Projek dan juga Agensi di bawah Kementerian Kerja Raya. Semasa berkhidmat, beliau juga berjaya mendapat Ijazah Sarjana MSc. (Geotechnical Engineering), dari Tottori University, Japan pada Mac 1995 dan seterusnya Doktor Falsafah, PhD. (Geotechnical Engineering), dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada Ogos 2010.

 

Antara sumbangan jasa bakti beliau adalah:

1.    Sebagai Ketua Pasukan Jawatankuasa Penyiasatan Kegagalan Geoteknikal bagi Penyiasatan Keruntuhan Bangunan Kompleks Pelancongan Pulau Banding, Grik, Perak, 2007 (permintaan daripada SUK Kerajaan Negeri Perak kepada KPKR)

2.    Sebagai Ketua Pasukan Jawatankuasa Penyiasatan Kegagalan Geoteknikal bagi Penyiasatan Kegagalan Tembok Penahan Projek Pengindahan Sungai Melaka, Melaka, – 2008 (permintaan daripada Ketua Menteri Melaka kepada KPKR)

3.    Mewakili Kerajaan Malaysia sebagai Respondent's Witness bagi Kes Arbitration Kegagalan Bangunan Sekolah Kebangsaan Danau Perdana, Taman Desa, Kuala Lumpur

4.    Sebagai Panel Review Sektor Pakar untuk Laporan Penyiasatan dan Kerja-Kerja Pembaikan Cerun bagi Penyiasatan Kegagalan Cerun Bukit Antarabangsa (2009)

5.    Sebagai Panel Review Sektor Pakar untuk Laporan Penyiasatan bagi Penyiasatan Kegagalan Cerun di Ulu Yam, Selangor (2009)

6.  Dilantik oleh KPM sebagai Expert Witness bagi kerosakan dan mendapan tanah di Sekolah Kebangsaan Beladin, Sibu Sarawak

 

Selain itu, berikut merupakan antara penghargaan yang pernah diterima beliau:

1.    Sijil Penghargaan Projek KLIA, 1998

2.    Sijil Penghargaan dari SUK Perak, 2008 sebagai Ketua Pasukan Geoteknik, Penyiasatan Keruntuhan Bangunan Kompleks Perlancungan, Pulau Banding, Gerik, Perak

 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.