Date: Rabu, November 17, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. HAJAH ATIKAH BINTI ABDUL HAMID, PENGARAH KHIDMAT REKABENTUK, BAHAGIAN KHIDMAT REKABENTUK, CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 21 NOVEMBER 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J41) bertempat di Unit Pengurusan Projek, Cawangan Jalan pada 15 Mac 1990. Beliau telah berkhidmat hampir 31 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1990-1997: Jurutera Awam (J41), Unit Pengurusan Projek, Cawangan Jalan
  2. Tahun 1997-2002: Penolong Pengarah (J41), Unit Pembangunan, Pengurusan dan Perolehan Tender, Cawangan Jalan
  3. Tahun 2002-2004: Penolong Pengarah (J41), Pengurusan Projek (Projek Perundingan Perumahan Kos Sederhana dan Kos Rendah) Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
  4. Tahun 2004-2008: Penolong Pengarah Kanan (J48), Unit Sivil & Struktur, Cawangan Arkitek
  5. Tahun 2008-2010: Penolong Pengarah Kanan (J48), BKA (AM&KSE), Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur
  6. Tahun 2010-2017: Jurutera Awam Penguasa (J52), BKA (AM&KSE), Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur
  7. Tahun 2017-2020: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), BKA (KSI&PEND), Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur
  8. Tahun 2020-2021: Pengarah Khidmat Rekabentuk (JUSA C), Bahagian Khidmat Rekabentuk, Cawangan kejuruteraan Awam dan Struktur

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Jurutera Profesional (Ir.), Certified Of Registration Of Professional Engineer With Practising Certificate
  2. Jurutera Profesional (Ir.), Certified Professional In Erosion and Sediment Control
  3. Jurutera Profesional (Ir.), Registered Professional Engineer, P.Eng Board Engineers Malaysia
  4. Jurutera Profesional (Ir.), Corporate Member, Institute Of Engineers Malaysia
  5. Jurutera Profesional (Ir.), Malaysian Stormwater Association

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Pensijilan Kerja Sivil Tahap 4

 

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Fasilitator bagi Kumpulan Lithium CKAS dalam KIK 2018-2019 bagi pertandingan peringkat Jabatan, Kementerian dan Kebangsaan (2018-2019)
  2. Ketua Urusetia Penyediaan Manual Rekabentuk Kejuruteraan Awam bagi Kerja Saliran, Jalan Dalaman, Retikulasi Air, Pembentungan, Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) dan Permohonan Kebenaran Merancang (2018-2020)
  3. Ketua Jawatankuasa Kecil Penyediaan Manual Rekabentuk Sistem Saliran (2018)
  4. Panel Penilai Persijilan Disiplin Awam bagi kerja Sijil untuk tahap 3 (2019-2020)
  5. Panel Penilai Persijilan Disiplin Awam bagi kerja Sijil untuk tahap 4 (2021)
  6. Panel Juri Anugerah Reka Bentuk Terbaik PAP 3.0 - Penilaian Kriteria Industrialized Building System (IBS) 2021

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Penceramah bagi kursus sistem saliran di CREaTE dan diluar JKR (Jabatan Perdana Menteri) (2018-2020)
  2. Adjunct lecturer bagi Universiti Teknologi Petronas Telok Intan Perak (2018-2019)
  3. Panel Penilai Program Student Assessment Centre (SAC) bagi program pelajar cemerlang tahun 2018 & 2019 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (2018-2019)
  4. Ketua Pasukan Penyelidikan bertajuk Keberkesanan Teknologi Hijau Sistem Saliran Bandar bagi Projek Perintis JKR secara kolaborasi JKR – USM (2019-2022)
  5. Panel Penemuduga bagi Urusan Pemangkuan Pegawai Pengurusan dan Profesional JKR Malaysia Sesi 2 Tahun 2020

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Menang Anugerah : Gold Award, Canadian Special Awards,Top 10 Best Invention Awards sempena I CAN 2020 (FASILITATOR) – 2020
  2. Menang Silver Award: Category: Building di Malaysia Technology Expo 2020 (MTE 2020) (FASILITATOR) – 2020
  3. Menang Silver Award: Public Service Innovation Awards di Malaysia Technology Expo 2020 (MTE 2020) (FASILITATOR) - 2020
  4. Penerima Anugerah Cemerlang Tahun – 2014

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. Ir. HAJAH ATIKAH BINTI ABDUL HAMID dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"