Date: Rabu, Oktober 30, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HAJI MOHAMAD ALWI BIN MAT ZIN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 30 Oktober 2024.

Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Awam Gred J5 di Bekalan Air JKR Kelantan pada 2 September 1985.Beliau juga telah berkhidmat lebih 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

1. Tahun 1985-1992 : Pembantu Teknik Awam Gred J5, Bekalan Air JKR Kelantan.
2. Tahun 1994-1995 : Pembantu Teknik Awam  Gred J5, JKR Maran, Pahang.
3. Tahun 1995-2002 : Jurutera Daerah Gred J3, JKR Maran, Pahang.
4. Tahun 2002-2007 : Jurutera Projek Gred J3, Projek Gua Musang.
5. Tahun 2008-2010 : Ketua Bahagian Bangunan, Gred J48, JKR Terengganu.
6. Tahun 2011-2014 : Penolong Pengarah Kanan (BSFJ), Gred J48, Bahagian Senggara Fasiliti Jalan.
7. Tahun 2014-2015 : Penolong Pengarah Kanan Gred J48, JPP (ICU) Kelantan.
8. Tahun 2015-2016 : Pengurus Besar  Kanan Pembinaan Gred J52, Pasukan Projek Persekutuan Terengganu.
9. Tahun 2016-2018 : Jurutera Daerah Gred J52, JKR Besut, Terengganu.
10.Tahun 2018-2019 : Ketua Penolong Pengarah Kanan Gred J54, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan.
11.Tahun 2019-2022 : Pengurus Besar Kanan Pembinaan Gred J54, UPKZT1,   Cawangan Jalan.
12.Tahun 2022-2024 : Jurutera Awam Penguasa Kanan Gred J54, Bahagian CPAB & Pengurusan Korporat, JKR Terengganu.
 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan.

Antaranya ;

a) Kelayakan Profesional
  • Jurutera Profesional (MIEM & BEM) – 2002
b) Lain-Lain Kekompetenan
  • Pensijilan Senggara Jalan Tahap 3
c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
  • Pembentangan Lesson Learnt kepada KPKR (Projek KT ByPass) -2020
d) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
  • AJK Masjid Kg Dewan Besar, Kelantan
e) Penghargaan dan Pengiktirafan
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2001
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2009
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2023

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. HAJI MOHAMAD ALWI BIN MAT ZIN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"

#IamJKR  #KitaJKR  #JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat