Date: Jumaat, Januari 8, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. IR. HAJI MOHD SAID BIN SIDIK, PENGARAH JKR NEGERI JOHOR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 9 JANUARI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam Sangkut (J3) di LKTP Temerloh Pahang pada 1 November 1984. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 : Jurutera Awam Sangkut (J3), LKTP Temerloh, Pahang
  2. Tahun 1989 : Jurutera Awam (J3), ITM Jengka, Pahang
  3. Tahun 1992 : Jurutera Awam (J3), JKR Langkawi, Kedah
  4. Tahun 1999 : Jurutera Awam (J3), Pularek, JKR Johor
  5. Tahun 2002 : Jurutera Awam (J3), JKR Daerah Kota Tinggi
  6. Tahun 2003 : Jurutera Awam Kanan (J48), JKR Negeri Johor
  7. Tahun 2008 : Jurutera Daerah (J52), JKR Daerah Johor Bahru
  8. Tahun 2014 : Jurutera Awam Penguasa (J52), Bahagian Jalan, JKR Negeri Johor
  9. Tahun 2015 : Pengurus Besar Pembinaan (J52), Projek Naik Taraf Jalan Dari Bandar Penawar ke Senai Desaru ke Sungai Rengit, Kota Tinggi
  10. Tahun 2015 : Pengurus Besar Kanan Pembinaan (J54-M), Projek Pengerang Intergrated Petronas Complex (PIPC)
  11. Tahun 2017 : Timbalan Pengarah (J54), JKR Negeri Johor
  12. Tahun 2019 : Pengarah, JKR Negeri johor

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional;

  1. Jurutera Profesional Dengan Perakuan Amalan, Lembaga Jurutera Malaysia

PE18688 Tahun 2018

  1. Ahli Korporat Institut Jurutera Malaysia (IEM) 97330 Tahun 2018

b) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Presiden Kelab Sukan JKR Negeri Johor
  2. Ahli Lembaga Pelawat taman Sinar Harapan Tampoi
  3. Ahli Jawatankuasa Jawatamkuasa Perumahan Negeri Johor
  4. Ahli Lembaga Pengarah Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
  5. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Johor.
  6. Ahli Jawatankuasa Keselamatan Peperiksaan Awam Negeri Johor
  7. Ahli Jawatankuasa Pasir Gudang Emergency Mutual Aid (PAGEMA)
  8. Ahli Jawatankuasa Teknikal Kajian Projek Rapid Transit System (RTS)
  9. Ahli Jawatankuasa Perancang Wilayah Bagi Kawasan Persempadanan Antara Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
  10. Ahli Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pegerang (PPSC)
  11. Presiden kelab Scuba JKR Malaysia

c) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Johor Golf & Country Club

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2008
  2. Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II) Tarikh 22.11.2013

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBRS. IR. HAJI MOHD SAID BIN SIDIK dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.