Date: Rabu, April 5, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HAJI NIK SOH BIN YAACOUB yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 5 April 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik  bertempat di JKR Tumpat Kelantan pada 15 Julai 1986. Beliau telah berkhidmat lebih 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1986-1986: Pembantu Teknik, JKR Tumpat Kelantan
  2. Tahun 1986-1987: Pembantu Teknik, Cawangan Bekalan Air, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur
  3. Tahun 1987-1990: Pembantu Teknik, Projek Jalan- Jalan Ke Mukim Pasir Raja & Jengai Fasa Iii & Iv, Dungun Unit JKR Ketengah
  4. Tahun 1991-1992: Pembantu Teknik, Unit Koordinasi Jalan Al Muktafi Billah Shah, Dungun Unit JKR Ketengah
  5. Tahun 1992-1994: Pembantu Teknik, Projek Jalan- Jalan Ke Mukim Pasir Raja & Jengai (Access Road to Agriculture Area 8) Dungun Unit JKR Ketengah
  6. Tahun 1994-1999: Pembantu Teknik, Bandar Bukit Besi, Dungun, Unit JKR Ketengah.
  7. Tahun 1999-2001: Jurutera Awam, Unit Pengurus Kerja Bangunan Am 1 Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia,
  8. Tahun 2001-2002: Jurutera Awam Projek, Projek Jambatan Baru Sayong Di Atas Sungai Perak, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan
  9. Tahun 2002-2004: Jurutera Penyelaras, Projek Lebuhraya 01.06.2002 - 15.05.2004 Timur- Barat Fasa Ii, Tit] Karangan-Gerik, Pakej Iv (Kupang-Gerik)
  10. Tahun 2004-2007: Jurutera, Jurutera Jajahan JKR Pasir Mas, Kelantan
  11. Tahun 2007-2008: Jurutera Daerah, JKR Kuala Muda Dan Sik, Sungai Petani, Kedah Darul Aman
  12. Tahun 2008-2008: Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Keselamatan
  13. Tahun 2009-2014: Ketua Penolong Pengarah, Unit JKR Kesedar, Gua Musang, Kelantan
  14. Tahun 2014-2016: Pengurus Besar Pembinaan, Projek Pembinaan Blok Wanita, Kanak- Kanak Dan Pusat Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak.
  15. Tahun 2016-2017: Pengurus Besar Pembinaan, Projek Hospital Bachok Kelantan.
  16. Tahun 2017-2021: Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Pengurusan Korporat JKR Negeri Kelantan.
  17. Tahun 2021-2023: Jurutera Awam Penguasa Kanan(J54), Bahagian Pengurusan Korporat Dan Strategik Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Jurutera Profesional (Ir.) BEM (PAE) P1020733

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Jawatankuasa Induk Hari Inovasi JKR Malaysia 2018
  2. Timbalan Yang DiPertua Majlis Sukan dan Kebajikan (MSK) JKR Kelantan 2017
  3. Yang DiPertua Kelab Sukan, Sosial & Kebajikan (KSSK) Ibu Pejabat JKR Kelantan 2019
  4. NYDP Kelab Kebajikan dan Sukan (KESEJA) CSFJ 2021
  5. Ahli Pro-JKR Malaysia 2022
  6. Pengurus Sepak Takraw Ibu Pejabat – Karnival Sukan JKR Se-Malaysia (SURYA) 2022
  7. Ahli Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM) 2022
  8. Komander Bilik Gerakan Bencana JKR (BiGBen) 2022
  9. AJK Kuala Lumpur International Pavement Seminar 2023 (Social Program)

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tumpat 2022
  2. Ahli Penasihat Presiden Persatuan Orang Kota Bharu 2018

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018
  5. Anugerah Inovasi (KESEDAR) 2011
  6. Pingat Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan Bagi Tahun 2022 – Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K) 2022
  7. Pingat Bakti Pertahanan Awam (P.B.P) Sempena Ulang Tahun Pertahanan Awam Ke-71 Tahun 2023

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs Ir. HAJI NIK SOH BIN YAACOUB dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"