Date: Selasa, November 17, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HAJI OTHMAN BIN IBRAHIM, PENGARAH BAHAGIAN TEKNIKAL, JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 18 NOVEMBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Unit Rekabentuk, Cawangan Jalan pada 24 Ogos 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1986 : Jurutera Rekabentuk, Unit Jambatan IPJKR Malaysia
  2. Tahun 1986 - 1989 : Jurutera Tapak Projek, JKR Negeri Sembilan
  3. Tahun 1990 - 1999 : Jurutera Daerah Rembau, JKR Negeri Sembilan
  4. Tahun 2000 - 2002 : Pengurus Projek (Awam J2) Bakun (Sarawak) Hidro Sdn Bhd.
  5. Tahun 2002 - 2005 : Penolong Pengarah Kanan (J2/J48), Cawangan Jalan, Rekabentuk Jambatan Zon Utara, JKR Malaysia
  6. Tahun 2006 - 2007 : Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Jalan, Unit Kawalan Kualiti, JKR Malaysia 
  7. Tahun 2007 - 2011 : Pegawai Khas TKPKR (J52/54), JKR Malaysia
  8. Tahun 2011 - 2012 : Urusetia Jawatankuasa Penilaian Perunding (J54), Cawangan Kejuruteraan Awam,Struktur & Jambatan
  9. Tahun 2012 – 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Jalan, Projek Khas Zon Selatan 1
  10. Tahun 2019 – 2020 : Pengarah Bahagian Teknikal (JUSA C), Jabata Audit Negara Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR) Tahun 1996
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR) Tahun 2003
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR) Tahun 2011
  4. Anugerah Umum – Anugerah Pengurusan Projek Terbaik 2015 Kategori Pasukan Pengurusan Pembinaan Projek Secara Reka & Bina / Turnkey (Projek Lingkaran Tengah Seremban, Negeri Sembilan Fasa 2B)

b) Pingat yang telah diterima: DKBP NEGERI: Negeri Sembilan

  1. PINGAT JASA KEBAKTIAN (P.J.K) 1990
  2. PINGAT KHIDMAT CEMERLANG MASYARAKAT (P.M.C) 1996
  3. PINGAT PEKERTI TERPILIH (P.P.T) 1999

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi;

  1. Penceramah Sambilan Jabatan dalam bidang Pembinaan Jalan, JKR MALAYSIA
  2. Ahli Jawatankuasa Surau Gedong Lalang,Senawang, Negeri Sembilan
  3. Ahli BEM, Lembaga Jurutera Malaysia
  4. Ali REAM, persatuan Kejuruteraan Jalan Malaysia

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBrs. Ir. HAJI OTHMAN BIN IBRAHIM dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.