Date: Khamis, March 30, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HAJI RAHMAT BIN HAJI ABD. RAHMAN yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 30 Mac 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam Tingkatan Biasa A18 bertempat di Unit Binaan, Cawangan Reka Bentuk dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur pada 15 Mac 1990. Beliau telah berkhidmat lebih 33 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1990-1997: Jurutera Awam (A18), Cawangan Reka Bentuk dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  2. Tahun 1997-1998: Jurutera Awam (A11), Kuala Lumpur International Airport (KLIA) (Kader)
  3. Tahun 1998-2004: Jurutera Awam (A11), Cawangan Bangunan Ibu Pejabat JKR Malaysia
  4. Tahun 2004-2007: Jurutera Awam (J48), Cawangan Arkitek Ibu Pejabat JKR Malaysia
  5. Tahun 2007-2009: Jurutera Daerah (J48), JKR Tampin, Negeri Sembilan
  6. Tahun 2009-2009: Ketua Penolong Pengarah (J48), Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur dan Jambatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  7. Tahun 2009-2012: Ketua Penolong Pengarah (J52), Cawangan Kerja Kesihatan
  8. Tahun 2012-2014: Jurutera Awam Penguasa (J52), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
  9. Tahun 2014-2018: Pengarah (J52/J54), JKR Perlis
  10. Tahun 2018-2020: Pengarah (JUSA C), Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  11. Tahun 2020-2022: Pengarah(JUSA B),Bahagian Bekalan Air, Kementerian Alam Sekitar dan Air
  12. Tahun 2022-2023: Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (JUSA A), Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan)

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Jurutera Profesional (Reg. No.: P119368)

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Kader JKR Malaysia Sesi 2021/2022;
  2. Yang DiPertua Kelab Sukan dan Kebajikan Air Putrajaya KESKAP (BBA);
  3. Yang DiPertua Kelab Senggara Jalan (KESEJA);
  4. Pengerusi Ahli Jawatankuasa Perolehan Melalui Kontrak (JKPMK) Peringkat Negeri Perlis;
  5. Pengerusi Jawatankuasa Sebutharga JKR Perlis;
  6. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan JKR Perlis;
  7. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Persiapan Tempat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan;
  8. Yang Dipertua Kelab Sukan JKR Perlis;
  9. Yang Dipertua Kelab Kebajikan JKR Perlis;
  10. Pegawai Pengawal;
  11. Ahli Jawatankuasa Kelab Golf Putra;
  12. Ahli Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis; dan
  13. Ahli Jawatankuasa Rundingan Harga.

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Perumahan Sesi 2020-2021

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Pingat Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota 2022
  2. Pingat Darjah Kebesaran Seri Sirajuddin Tahun 2018
  3. Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan Tahun 2008
  4. Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2004
  5. The Friendship Programme For The 21st  Century Malaysia Scientific And Technological Development Youth Group 1997

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs Ir. HAJI RAHMAT BIN HAJI ABD. RAHMAN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"