Date: Khamis, March 24, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HAJI SHAMSULAKMAR BIN ABDUL MUNIR, CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 24 MAC 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J41), di unit Jabatan Kerja Raya, LKTP Negeri Sembilan/Johor Utara, Bahau pada 25 Mac 1985. Beliau telah berkhidmat hampir 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1989: Jurutera Awam (J41), Unit Jabatan Kerja Raya, LKTP Negeri Sembilan/Johor Utara, Bahau
  2. Tahun 1989-1990: Jurutera Awam (J41), Cawangan Kerja Pendidikan
  3. Tahun 1990-2000: Jurutera Projek (J41), Projek Membina dan Meyiapkan Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban / Pengawasan Projek Membina & Menyiapkan Kompleks Sukan Negeri
  4. Tahun 2000-2004: Jurutera Daerah (J44), Jabatan Kerja Raya Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan
  5. Tahun 2004-2005: Jurutera Daerah (J44), Jabatan Kerja Raya Daerah Batu Pahat, Johor
  6. Tahun 2005-2006: Penolong Pengarah (J44), Projek Jalan & Jambatan Persekutuan Negeri Johor
  7. Tahun 2006-2008: Jurutera Daerah (J48), Jabatan Kerja Raya Daerah Kluang,Johor
  8. Tahun 2008-2009: Jurutera Daerah (J48), Jabatan Kerja Raya Daerah Jempol, Negeri Sembilan
  9. Tahun 2009-2014: Ketua Penolong Pengarah (J52), Bahagian Jalan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan
  10. Tahun 2014-2016: Ketua Penolong Pengarah (J52), Jabatan Audit Negara, Putrajaya
  11. Tahun 2016-2020: Jurutera Awam Penguasa Kanan(J54), Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia
  12. Tahun 2020-2022: Pengarah (JUSA C), Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Board of Enginners Malaysia (BEM)
  2. Professional Engineer

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

National Asset & Facility Management Convention 2021 Commitee

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. International Construction Industry Week 2021, UTHM Speaker: Project Leader
  2. Journal From Engineer to Leader (Understanding Project Delivery and Leadership) Author     

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKR 2017
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,2009
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKR, 1998

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada Jabatan Kerja Raya khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. HAJI SHAMSULAKMAR BIN ABDUL MUNIR dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"