Date: Selasa, Oktober 30, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. HALIMATON BINTI CHE WAN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENYELARASAN & KHIDMAT SOKONGAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 7 November 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Jurutera Awam pada 3 Ogos 1982 dan ditempatkan di Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT), Kuala Lumpur. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1.

1982 – 1983

:

Jurutera Awam, Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT), Kuala Lumpur.

2.

1984 – 1992

:

Jurutera Awam, Jabatan Perumahan Negara, Wilayah Tengah, Ipoh, Perak.

3.

1992 – 1997

:

Jurutera Awam, Bahagian Bangunan, JKR Melaka.

4.

1997 – 2000

:

Jurutera Kerja Kanan, Unit Pelabuhan, Cawangan Struktur & Kejuruteraan Pakar (CKSP).

5.

2000 – 2003

:

Jurutera Kerja Kanan, Unit Rekabentuk Awam, Cawangan Struktur & Kejuruteraan Pakar (CKSP).

6.

2003 – 2007

:

Penolong Pengarah Kanan, Unit Pengurusan & Penyelarasan Projek, Cawangan Kerja Bangunan Am (CKBA).

7.

2007

:

Ketua Penolong Pengarah, Unit  Pengurusan & Penyelarasan Projek, Cawangan Kerja Bangunan Am (CKBA).

8.

2007 – 2008

:

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Komunikasi & Khidmat Teknikal (UKKT),  Cawangan Kerja Bangunan Am (CKBA).

9.

2008 – 2014  

:

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelarasan & Khidmat Sokongan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA1).

10.

2014 – 2017

:

Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Portfolio (PMO), Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA1).

11.

2017 – 2018 

:

Jurutera Awam penguasa Kanan, Bahagian Penyelarasan & Khidmat Sokongan, Cawangan Kejuruteraan Infrastrukur Pengangkutan (CKIP)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya;

a) Kurniaan

1. Anugerah Bintang Khidmat Terpuji (BKT) oleh Kerajaan Negeri Melaka, Tahun 1997

b) Anugerah

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC),Tahun 2006

2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Tahun 2016

c) Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)

2. Ahli Institut Jurutera Malaysia (MIEM)

3. Risk Officer

4. Pegawai ACAT

5. Project Health Check (PHC) Practitioner

6. Gerbang Nilai Reviewer

d) Sumbangan dan Kegiatan dalam Tugas Rasmi

1. Pembentang kertas kerja (country report) bertajuk ‘The Construction of Breakwater in Chendering Port, Kuala Terengganu, Terengganu for LKIM’ semasa menghadiri kursus Port & Habour Engineering  anjuran JICA di Port & Habour Research Institute, Ministry of Transport, Kurihama, Japan.

2. Ahli Jawatankuasa Penyelamat & Penyiap Projek Sakit Di Kementerian Pertanian & Asas Tani sebagai Wakil Utama kepada Ketua Pengarah Kerja Raya.

3. Ahli Jawatankuasa Pengurusan Alam Sekitar JKR 2001-2002, 2003-2004.

e) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

1. Ahli PUSPANITA Jabatan Kerja Raya

2. Ahli Persatuan Alumni Agensi Kerjasama Antara Jepun-Malaysia (JICA)

3. Ahli Persatuan Alumni COTI (Central Officials Training Institute) – Executive Development Programme Republic of Korea

4. Ahli Persatuan Alumni UiTM

5. Ahli Institut Jurutera Malaysia

Warga JKR merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan selama berkhidmat sebagai penjawat awam dan di JKR khasnya. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan JKR di kedudukan pada masa ini. Seluruh warga JKR mendoakan agar YBRS. IR. HALIMATON BINTI CHE WAN  sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.

Selamat maju jaya dan selamat bersara.