Date: Jumaat, Julai 9, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. HARJIT SINGH A/L INDER SINGH, PENGARAH BAHAGIAN PERUNDINGAN PENGURUSAN ASET, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 10 JULAI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Bangunan (J3) di Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis pada 01 November 1990. Beliau telah berkhidmat hampir 31 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1990 - 1999: Jurutera Bangunan (J3), JKR Negeri Perlis
  2. Tahun 1999 - 2001: Cuti Belajar, USM Pulau Pinang
  3. Tahun 2001 - 2005: Wakil Pengarah Projek (Projek Kolej Matrikulasi Kedah), Cawangan Kerja Pendidikan, IPJKR
  4. Tahun 2005 - 2008: Ketua Penolong Pengarah Jalan (J48), JKR Negeri Perlis
  5. Tahun 2009 - 2011: Pengurus Besar Pembinaan (J52), Pasukan Projek Pengajian Tinggi, JKR Negeri Perlis
  6. Tahun 2011 - 2014: Pengurus Besar Pembinaan (J52), Pasukan Projek bagi Projek Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
  7. Tahun 2014 - 2015: Ketua Penolong Setiausaha (J52), Cawangan Teknikal Bahagian Pembangunan Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia
  8. Tahun 2015 - 2016: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Unit Amalan Terbaik, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, IPJKR
  9. Tahun 2016 - 2018: Pengurus Besar Kanan Pembinaan (J54), Pasukan Projek Fasiliti, Kompleks Kerja Raya, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, IPJKR
  10. Tahun 2018 - 2021: Pengarah (JUSA C), Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, IPJKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Professional Engineer (P.Eng)- Board of Engineers Malaysia - 2018
  2. Member of The Institution of Engineers Malaysia (MIEM) – 2018

b) Kelayakan Kekompetenan

  1. Pensijilan Kompetensi Pengurusan Aset & Fasiliti JKR (Tahap 4) - 2019

c) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Urus Setia – Hari Kualiti JKR Perlis (1993)
  2. Penolong Pentadbir Tanah dibawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (2005-2008)
  3. Ahli Panel Temuduga Program Ijazah Luar Negara Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (2009)
  4. Ahli Jawatankuasa Panel Penggubal Sukatan PTK
  5. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hari Inovasi, Mesyuarat Pengarah & Mesyuarat Pegawai Kader JKR Malaysia 2010
  6. Pengerusi Kumpulan Pegawai Profesional Majlis Bersama Jabatan JKR Perlis (2010)
  7. Pegawai Pengesah Latihan JKR Perlis (2010)
  8. Ahli Jawatankuasa Rundingan Harga Di JKR Perlis (2011)
  9. Ahli Jawatankuasa Perolehan Melalui Kontrak (JKPMK) Negeri Perlis (2011)
  10. Ahli Jawatankuasa Pelantikan Juruukur Tanah (2011)
  11. Ahli Jawatankuasa Pelantikan Perunding Bagi Projek Peruntukan Negeri Perlis (2011)
  12. Pegawai Penyelaras Kualiti Bahagian (2011)
  13. Pegawai Risiko JKR (2012-2014)
  14. Ahli Jawatankuasa Penilaian Perunding, BPP, KPM (2014-2015)
  15. Ahli Jawantankuasa Perolehan Sebutharga B, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Tahun (2015-2017)
  16. Ketua Program Fasiliti Pasukan Pengurusan Tenaga IPJKR (2016-2018)
  17. Moderator JCoP & JPedia (2016-2019)
  18. Ketua Panel Penilai, Anugerah Pengurusan Projek Terbaik, Kategori Pasukan Pembinaan Projek Bangunan sempena Hari Inovasi JKR Malaysia 2017
  19. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan Premis IPJKR (2017-2018)
  20. Pengurus Kecemasan Blok F IPJKR (2018)
  21. Ahli Jawatankuasa Kecil Pertandingan National Energy & green Technology Award (NEGTA) (2018)
  22. Pegawai Operasi Fasiliti bagi Pengurusan Aset Tak Alih JKR & KKR (2018)
  23. Ahli Jawatankuasa Kerja 3rd National Asset & Facility Management Convention (2018)
  24. Ahli Jawatankuasa Pengurusan Prestasi Aktiviti (APMC) (2018)
  25. Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Teknikal untuk Sebutharga Secara e-Perolehan (2018)
  26. Pembaca Ikrar bagi Hari Profesion Teknikal Negara Tahun 2018
  27. Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) – (2018 -2021)
  28. Panel Temuduga Bagi Urusan Pemangkuan Pegawai Pengurusan & Profesional di JKR Sesi 1 Tahun (2019)
  29. Pegawai Pengelas Pengurusan Dokumen Terperingkat bagi Akta Rahsia Rasmi 1986 & Buku Arahan Keselamatan Kerajaan (2019)
  30. Ahli Jawatankuasa Kecil Pensijilan Aset & Fasiliti bagi The Malaysia Asset & Project Management Association (MAPMA) (2019)
  31. Ahli Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Aset dan Fasiliti (TC/Y/7) Jabatan Standard Malaysia (2019 - 2021)
  32. Jawatankuasa Penilaian Kursus/Latihan Swasta Menggunakan Peruntukan CPAB (2019)
  33. Ahli Pasukan Task Force Bagi Merancang, Membentang dan Menyelaras Strategi Jabatan (2019)
  34. Pegawai Pengelas Surat Rasmi - pelantikan dibawah Seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi 1972 sebagai pegawai untuk mengelaskan surat rasmi sebagai Rahsia Besar, Rahsia Sulit, Sulit atau Terhad (2019)
  35. Panel Penilai Bagi Pensijilan Pengurusan Aset dan Fasiliti, Jabatan Kerja Raya Malaysia (Dari 2019 hingga 2021)
  36. Ahli Jawatankuasa Perolehan Sebutharga Bekalan dan Perkhidmatan bagi Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (2020)

d) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Presiden Belia Sikh Alor Star (1987/1988)
  2. Chef De Mission untuk JKR Perlis bagi dua Sukan JKR Malaysia (1991-1992)
  3. Pengurus Pasukan Hoki MAKSAK Negeri Perlis (1991-1993)
  4. Pengurus Pasukan Hoki JKR Perlis (1991-1993)
  5. Timbalan Ketua Kontinjen Perarakan Hari Kebangsaan (1993)
  6. Leftenan dalam 60 Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah) (1997-2008)
  7. Naib Yang Di Pertua Persatuan Hoki Negeri Perlis (2005 – 2007)
  8. Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan JKR Perlis (2006-2008)
  9. Naib Yang DiPertua II Kelab Sukan JKR Perlis (2010)
  10. Ketua Biro Aset - Kelab Sukan JKR Perlis (2011)
  11. Mewakili JKR Perlis dalam Kejohanan Woodball Tertutup Perlis Anjuran Pejabat SUK (2011)
  12. Ahli Jawatankuasa Sukan Vasakhi Negeri Perlis Tahun 2012
  13. Setiausaha Kehormat Majlis Perundangan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (Cawangan Perlis) (2010-2012)
  14. Ahli Jawatankuasa Perundangan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (Cawangan Perlis) (Sesi 2008-2010 dan 2012-2014)
  15. Naib Pengerusi Majlis Perundingan Agama Budhist, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Cawangan Negeri Perlis (2014-2016)
  16. Presiden Punjabi Education Trust Malaysia, Cawangan Negeri Perlis (2014-2015)
  17. Penaung Kelab C&S, Cawangan Teknikal, BPP, KPM (2014-2015)
  18. Pengasas & Penaung Kelab Kebajikan Warga Aset (KEKWA) (2019-2021)

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) – Perlis – 1994
  2. Pingat Mahkota Perlis (PMP) – 2007
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) – 2005, 2020
  4. Naib Johan Anugerah Pengurusan Projek Terbaik, Kategori Pasukan Pengurusan Pembinaan Projek Reka & Bina/Turnkey – 2014
  5. Sijil Dekan - Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang -2001
  6. Winner (Category 1) of National Energy Awards 2018– Energy Efficiency (Energy Management in Large Building) – Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia
  7. Winner of ASEAN Energy Awards (2018) for Energy Management in Building & Industries (Large Building Category) - Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. Ir. HARJIT SINGH A/L INDER SINGH dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"