Date: Khamis, September 29, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HASMI BIN AHMAD, PENGARAH PEMBINAAN PASUKAN PENGURUSAN PROJEK KHAS PENGERANG INTEGRATED PETROLEUM COMPLEX (PIPC), yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 1 Oktober 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam bertempat di Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia,pada 1 Mac 1985. Beliau telah berkhidmat hampir 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1986: Jurutera Awam,(A18), Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia
  2. Tahun 1986-1993: Jurutera Awam (A18), Cawangan Kerja Tentera, Jabatan Kerja Raya Kelantan
  3. Tahun 1993-2001: Jurutera Awam(A11), Jabatan Perumahan Negara, Kementerian   Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Terengganu.
  4. Tahun 2001-2002: Jurutera Jalan (J3), Jabatan Kerja Raya Daerah Kuantan.
  5. Tahun 2002-2004: Jurutera Daerah(J41), Jabatan Kerja Raya Daerah Kuantan
  6. Tahun 2004-2007: Jurutera Awam (J48), Cawangan Kerja Tentera, TUDM Kuantan
  7. Tahun 2007-2008: Penolong Pengarah Kanan (J48), Unit Penyenggaraan Jalan Persekutuan, JKR Pahang
  8. Tahun 2008-2011: Ketua Penolong Pengarah (J52), Unit Pengajian Tinggi, JKR Pahang
  9. Tahun 2011-2011: Jurutera Daerah(J52), Jabatan Kerja Raya Daerah Kuantan.
  10. Tahun 2011-2015: Jurutera Daerah (J52), Jabatan Kerja raya Daerah Kemaman,
  11. Tahun 2015-2015: Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pendidikan Dan Pengajian Tinggi, IPJKR
  12. Tahun 2015-2019: Jurutera Awam Penguasa Kanan(J54), Unit Projek Khas Zon Timur 2, Caw. Jalan, IPJKR Malaysia
  13. Tahun 2019-2019: Timbalan Pengarah Kerja Raya(J54), Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang
  14. Tahun 2019-2020: Jurutera Awam Penguasa Kanan(J54), Bhg. Pengurusan Projek Ecer, Cawangan Jalan, IPJKR Malaysia
  15. Tahun 2020-2022: Pengarah (JUSA C), Pembinaan Pasukan Pengurusan Projek Khas  Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC), Cawangan Dasar Pengurusan Korporat, IPJKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Professional (No.Reg.: PEPC C114473)
  2. Proffesional Engineer, MIEM (April 2010)
  3. Registered Program Director (Jan 2019)

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Panel Pakar, Penyelia Bersama (Industri) Program Final Year Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan, UMP (2016-2020)
  2. Ahli Jawatankuasa Pengajian untuk Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTKA), UMP (2019-2021)

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ketua Kontinjen JKR Pahang, Perbarisan Merdeka Pahang (2019)
  2. Pegawai Integriti JKR Pahang (2019)

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. AJK Rukun Tetangga (KRT), Taman Bukit Sekilau (2018-2021)
  2. AJK Pembangunan Masjid Saidina Ali Abu Talib, Bukit Sekilau (2019-2021)

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 1996
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2013

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrsIr HASMI BIN AHMAD dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"