Date: Jumaat, Disember 30, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs Ir. HJ. ABD RAHMAN BIN PANDI yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 1 JANUARI 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam bertempat di Unit JKR DARA, Muadzam Shah, Pahang pada 2 Januari 1993. Beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1993-1998: Jurutera Awam (J3), Unit JKR DARA, Muadzam Shah,Pahang
  2. Tahun 1998-2001: Jurutera Awam (J3), JKR Pahang, Unit Pengurusan Projek Pahang Tenggara.
  3. Tahun 2001-2003: Jurutera Awam (J3), Cawangan Bangunan, Projek Kolej Matrikulasi Kuantan, Pahang
  4. Tahun 2003-2005: Jurutera Awam (J41), Cawangan Bangunan, IPJKR Malaysia
  5. Tahun 2005-2005: Jurutera Awam (J44), Cawangan Kejuruteraan Cerun
  6. Tahun 2005-2006: Jurutera Awam (J44), Cawangan Kejuruteraan Cerun
  7. Tahun 2006-2013: Penolong Pengarah Kanan (J48), Cawangan Kejuruteraan Cerun
  8. Tahun 2013-2017: Ketua Penolong Pengarah (J52), Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya
  9. Tahun 2017-2019: Ketua Perunding Kejuruteraan Awam (J54), Jabatan Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan
  10. Tahun 2019-2020: Ketua Bahagian Penilaian dan Pemetaan Bahaya Cerun (J54), Cawangan Kejuruteraan Cerun
  11. Tahun 2020-2022: Pengarah(JUSA C), Cawangan Kejuruteraan Cerun.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  1. Lembaga Jurutera Malaysia (Jurutera Profesional – Ir.) – P119678/17/11/2019

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

    Pengkhususan:

  • Pengurusan Projek – 6 tahun
  • Pengurusan Aset – 3 tahun
  • Pengurusan Reka Bentuk – 5 tahun
  • Khidmat Nasihat Teknikal – 4 tahun
  • Pembangunan & Penyelidikan – 8 tahun
  • Pinjaman/Kader – 4 tahun

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Malaysia – Singapore Joint Task Force on Spillage of Materials From Danga Bay – 2019
  2. Ahli Koresponden PIARC dan Jawatankuasa Teknikal
  3. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Cerun Antara Kerajaan (ICSM)
  4. Ahli Jawatankuasa Tetap Teknikal Penilaian LYNAS (M).
  5. Ahli Konsortium Antarabangsa mengenai Tanah Runtuh.
  6. Panel Penilai Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Tahun 2021 dan 2022.
  7. Ahli, The Institution of Engineers Malaysia (IEM)
  8. Ahli Jawatankuasa Pembangunan Kerjaya dan Disiplin Awam, Jabatan Kerja Raya Malaysia
  9. Jawatankuasa Amalan Profesional (PPC), Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)

 

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlan (APC) - 1999
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) - 2002
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) - 2007
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) - 2018
  5. Johan Mahkota Wilayah (JMW) – 2020
  6. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) - 2021

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs Ir. HJ. ABD RAHMAN BIN PANDI dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"