Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. HJ. KAMARUDIN BIN OMAR, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 2, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 25 November 2018.
Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Jurutera Elektrik pada 6 Disember 1982 dan ditempatkan di Cawangan Kerja Tentera, JKR Elektrik Selangor. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
1. | Nov 1982 – Dis 1984 | : | Jurutera Elektrik, Cawangan Kerja Tentera, JKR Elektrik Selangor. |
2. | Jan 1985 – Jun 1987 | : | Jurutera Elektrik, Cawangan Kerja Tentera, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur. |
3. | Julai 1987 – Dis 1990 | : | Jurutera Elektrik, Cawangan Bekalan Air, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur. |
4. | Jan 1991 – Feb 1997 | : | Jurutera Elektrik Kanan, Cawangan Turnkey, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur. |
5. | Feb 1997 – Apr 2003 | : | Penolong Pengarah, Unit Rekabentuk, Cawangan Elektrik, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur. |
6. | May 2003 – Apr 2005 | : | Penolong Pengarah Kanan, Unit Penyelenggaraan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur. |
7. | Apr 2005 – Okt 2005 | : | Ketua Jurutera Elektrik, Bahagian Sumber Manusia & Dokumentasi, Cawangan Elektrik, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur. |
8. | Okt 2005 – Jul 2006 | : | Pengarah Seksyen Teknikal, Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, WP Putrajaya. |
9. | Ogos 2006 – Nov 2007 | : | Ketua Jurutera Elektrik, Projek Stormwater Management and Road Tunnel (SMART), Ibu Pejabat Jabatan Pengairan & Saliran (JPS). |
10. | Dis 2007 – Jul 2008 | : | Ketua Jurutera Elektrik Negeri, JKR Elektrik Kedah. |
11. | Ogos 2008 – Apr 2010 | : | Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Latihan, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur. |
12 | Mei 2010 – Okt 2017 | : | Ketua Jurutera Elektrik Negeri, JKR Elektrik Pahang. |
13. | Nov 2017 – Nov 2018 | : | Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 2, Ibu Pejabat JKR Malaysia. |
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya;
a) Kurniaan
1. Pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), Tahun 2014
b) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC), Tahun 2001
2. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC), Tahun 2015
c) Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
2. Certified Human Resource Training Management
3. Certified Lead Auditor ISO 9000
d) Sumbangan dan Kegiatan dalam Tugas Rasmi
1. Ahli Jawatankuasa Kerja untuk menyediakan `Guidelines on Management of Construction of Design and Build/Turnkey Project and status of consultant as NSC for JKR Malaysia 1996-2006
2. Ahli Jawatankuasa untuk menyediakan Quality Management System (SPK JKR ISO 9000:2000) for JKR Malaysia 2003-2005
3. Ahli Jawatankuasa kerja menyemak semula Arahan Teknik Jalan (J) 13/87 – `A Guide to the Design of Traffic Signals’, 2007
4. Ahli Jawatankuasa semakan semula borang kontrak PWD 203/203A dan 203N, 2001-2005
5. Ahli Jawatankuasa penyediaan `Code of Practice for Road Lighting, SIRIM, 2001 - 2005
6. Ahli Jawatankuasa penyediaan `Quality Procedure Document for Design & Build/Turnkey Project’ JKR Malaysia, 2001 – 2005
7. Ahli Jawatankuasa membangunkan `Computerized Electrical Maintenance’, Cawangan Elektrik JKR Malaysia, 2001 – 2005
8. Ketua Jawatankuasa menyemak semula spesifikasi sistem lampu isyarat JKR Malaysia, 2000 – 2005
9. Ketua Jawatankuasa menyediakan Garis Panduan Had Laju Sebelum Simpang, JKR Malaysia, 2004 – 2005
10. Auditor untuk audit Kualiti JKR ISO9001, 1999, 2000 & 2001
e) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Panel Penasihat Industri (FKEE) Universiti Malaysia Pahang 2011 - 2017
2. Wakil Utama Jawatan kuasa `Industrial Standard Committee of Electrotechnical (ISCE – 2)’, SIRIM 2004-2006
3. Ahli Jawatankuasa membangunkan `National Occupational Skill Standard’ (NOSS) untuk Pengurus M&E, dibawah CIDB Malaysia, 2001 – 2005
4. Ahli Jawatankuasa membangunkan `National Occupational Skill Standard’ (NOSS) untuk Penyelia M&E, dibawah CIDB Malaysia, 2001 – 2005
5. Ahli Jawatan Kuasa membangunkan `Course of Study’ (COS) untuk Penyelia M&E Tahap 3 di bawah CIDB Malaysia, 2009 – 2010
6. Ahli Jawatan Kuasa membangunkan ‘Course of Study’ (COS) untuk Pengurus M&E Tahap 3 di bawah CIDB Malaysia, 2009 – 2010
7. Ahli Jawatan Kuasa membangunkan `Course of Study’ (COS) untuk Penyelia M&E Tahap 2 di bawah CIDB Malaysia, 2009 – 2010
8. Panel `Malaysian Industrial Human Resource’ di bawah CIDB, 2009/2010
9. Ahli Jawatan Kuasa Pertubuhan CIRED Malaysia 2004, 2005
Warga JKR merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan selama berkhidmat sebagai penjawat awam dan di JKR khasnya. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan JKR di kedudukan pada masa ini. Seluruh warga JKR mendoakan agar YBRS. IR. HJ. KAMARUDIN BIN OMAR sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.
Selamat maju jaya dan selamat bersara.
- 1861 bacaan