Date: Sabtu, April 20, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HJ. LOKMAN BIN HJ. NASIR yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 20 April 2024.

Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Kerja Raya sebagai Pembantu Teknik (Awam) di JKR Daerah Sepang pada 16 Jun 1988, manakala penempatan terakhir adalah sebagai Pengarah JKR Negeri Selangor. Beliau telah berkhidmat selama 36 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1988-1995:  Pembantu Teknik (Awam), JKR Sepang
  2. Tahun 1995-1996: Jurutera Awam (J3), Malaysian Agriculture Research And Development Institute (MARDI)
  3. Tahun 1996-1997: Jurutera Awam (J3), JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  4. Tahun 1997-2004: Jurutera Jalan,(J41), JKR Daerah Sepang
  5. Tahun 2004-2007: Jurutera Daerah (J44), JKR Daerah Kuala Langat
  6. Tahun 2007-2008: Jurutera Tempatan (J48), JKR Selangor
  7. Tahun 2008-2010: Jurutera Tempatan (J48), Unit Khas Projek Pendidikan Dan Pengajian Tinggi
  8. Tahun 2010-2010: Ketua Penolong Pengarah (J48), JKR Negeri Selangor
  9. Tahun 2010-2013: Penolong Pengarah (J48), Caw. Pendidikan & Pengajian Tinggi
  10. Tahun 2013-2016: Ketua Penolong Pengarah (J48), Mass Rapid Trasnit Corporation
  11. Tahun 2016-2016: Ketua Penolong Pengarah Kanan (J52), Unit Amalan Terbaik Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu JKR Malaysia
  12. Tahun 2017-2018: Pengurus Kanan ( Senior Manager), Mass Rapid Trasnit Corporation
  13. Tahun 2019-2019: Jurutera Awam Penguasa (J52), Unit Amalan Terbaik Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu JKR Malaysia.
  14. Tahun 2019-2021: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Unit Amalan Terbaik Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu JKR Malaysia.
  15. Tahun 2021-2021: Timbalan Pengarah (J54), Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
  16. Tahun 2021-2024: Pengarah (JUSA C), Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor

Beliau juga telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan sepanjang puluhan tahun perkhidmatan. Antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  • Jurutera Professional, Lembaga Jurutera Malaysia, MBEM
  • Jurutera Professional, Institut Jurutera Malaysia, MIEM

b) Lain Lain Kekompetenan

  • Registered Project Director (RPD) with JKR
  • Registered Project Manager (RPM) with JKR
  • Certified Assessor in Workplace Assessment
  • Registered Construction Manager with CIDB

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Lectures on Project Management to the JKR Engineers.
  • Lectures on Project Management Concept in Design & Built Project to JKR Engineers.
  • Lectures on Using of MS Project for implementing and Tracking of Project for the JKR Staff
  • Lectures on RISK MANAGEMENT to JKR Staff.
  • Lectures on GERBANG NILAI to JKR Staff
  • Lectures on PROJECT HEALTH CHECK to JKR Staff
  • Lectures on ACAT to JKR & other Ministries.
  • Lectures on Gerbang Nilai (GNO) to JKR & Other Ministries

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Pelantikan sebagai Auditor for JKR MS ISO 9000:2001 Internal Audit.
  • Pelantikan sebagai pensyarah & fasilitator oleh JKR Malaysia & CREaTE untuk modul Pengurusan Projek.
  • Pelantikan sebagai pensyarah & fasilitator oleh JKR Malaysia & CREaTE untuk modul Pengurusan Risiko.
  • Pelantikan sebagai pensyarah & fasilitator oleh JKR Malaysia & CREaTE untuk modul Gerbang Nilai (GN).
  • Pelantikan sebagai pensyarah & fasilitator oleh JKR Malaysia & CREaTE untuk modul ACAT
  • Pelantikan sebagai pensyarah & fasilitator oleh JKR Malaysia & CREaTE untuk modul ‘Project Health Check’.
  • Pelantikan sebagai penggubal dan pemeriksa soalan-soalan peperiksaan untuk kertas Pengurusan Pembinaan 2010-2012
  • Pelantikan sebagai Mentor-Menti Program Professional Assessment Examination 2016
  • Ahli MAPMA ( Malaysia Aset & Project Management Associated)
  • Pelantikan sebagai Assessor Program CBAS sejak 2017
  • Ahli Jawatankuasa MAKSAK Negeri Selangor
  • Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Malaysia (2019-2021)
  • Ahli seumur hidup Pertubuhan Profesional JKR Malaysia
  • Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
  • Ahli Lembaga Perolehan Negeri Selangor
  • Ahli Lembaga Pengarah INFRASEL
  • Ahli Lembaga Perolehan PKNS
  • Ahli Lembaga Pengarah Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn Bhd pada Tahun 2015

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR), tahun 2002
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tahun 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia sekali lagi mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas keringat, tenaga serta idea dalam memastikan kelangsungan visi dan misi jabatan. Semoga YBrs. Ir. HJ. LOKMAN BIN HJ. NASIR dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"