Date: Khamis, Julai 25, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. HJ. MOHD AZHARI BIN MOHD SALLEH, PENGARAH, CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 26 Jul 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Project Management Unit, Road Section, Ibu Pejabat JKR Malaysia  pada 27 Ogos 1983. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;


1) Tahun 1983 - 1984        : Jurutera Awam, Project Management Unit, Road Section, Ibu Pejabat JKR Malaysia

2) Tahun 1984 – 1987        : Jurutera Awam, Unit Traffic Dispersal Scheme (TDS), Cawangan Jalan Tempatan

3) Tahun 1987 – 1998        : Jurutera Awam, Unit Jambatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

4) Tahun 1998 – 2001        : Jurutera Awam, JKR Negeri Perak

5) Tahun 2001 – 2002        : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Struktur & Kejuruteraan Pakar, Ibu Pejabat JKR Malaysia

6) Tahun 2002 – 2007        : Melanjutkan Pelajaran Peringkat PhD di Universiti of Sheffield, England

7) Tahun 2007 – 2008        : Jurutera Awam Kanan, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

8) Tahun 2008 – 2011        : Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia

9) Tahun 2011 – 2014        : Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Struktur Kesihatan, Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia

10) Tahun 2014                   : Pengarah, Unit Khas JKR Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

11) Tahun 2014 – 2018      : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Struktur Keselamatan, Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia

12) Tahun 2018 – 2019      : Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia

                       

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1996 dan 2010. Selain itu, beliau juga menerima Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2010 Peringkat Individu. Beliau juga adalah seorang Professional Engineer dan berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia. Turut dilantik sebagai Pakar Rujuk Jabatan dalam Jcop dan merupakan Ketua Program IBS/ Struktur IBS & Kayu selama 2 tahun.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBRS. IR. HJ. MOHD AZHARI BIN MOHD SALLEH dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT. Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.