Date: Isnin, Mei 8, 2017

Seluruh Warga JKR mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Hj. Mohd Halimi bin Ismail, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 2, JKR Malaysia yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 10 Mei 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Beliau mula berkhidmat di JKR Malaysia pada 4 Januari 1983. Sepanjang perkhidmatan selama 34 tahun, beliau telah bertugas di pelbagai jabatan dan cawangan di antaranya Cawangan Jalan, JKR Negeri Sembilan, Jabatan Bekalan Air (JBA) Negeri Sembilan, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Negeri Sembilan, JKR WP Kuala Lumpur dan Cawangan Kerja Keselamatan.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.