Date: Isnin, Februari 5, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. Hj. MOHD NOH BIN KARIM yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 5 Februari 2024.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J3) di Projek Kem Gemas, Negeri Sembilan pada 22 Julai 1996. Beliau telah berkhidmat lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1996-1998: Jurutera Awam (J3), Projek Kem Gemas, Negeri Sembilan
  2. Tahun 1998-2000: Jurutera Awam (J3), Unit Projek-Projek Tentera Cawangan Bangunan Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  3. Tahun 2000-2001: Jurutera Awam (J3), JKR Negeri Sembilan
  4. Tahun 2001-2004: Jurutera Awam (J3), Projek Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar Glami Lemi Jelebu
  5. Tahun 2004-2006: Jurutera Daerah (J41), JKR Jelebu
  6. Tahun 2006-2009: Jurutera Daerah (J44), JKR Jelebu
  7. Tahun 2009-2009: Pengurus Besar Pembinaan (J44), Projek Institut Pengajian Tinggi, JKR Negeri Sembilan
  8. Tahun 2009-2013: Jurutera Daerah (J48), JKR Tampin
  9. Tahun 2013-2015: Jurutera Awam(J48), Cawangan Kejuruteraan Senggara, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  10. Tahun 2015-2017: Ketua Penolong Pengarah Kanan (J52), Cawangan Pengkalan Udara Dan Maritim (Bahagian Maritim)
  11. Tahun 2017-2019: Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  12. Tahun 2019-2020: Jurutera Awam (J52), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE)
  13. Tahun 2020-2023: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE)

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah. Antaranya ialah;

a) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2016.
  • Penganugerahan Pingat Cemerlang Masyarakat (PMC) Oleh DYMM Tuanku Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan Bersempena Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-85.
  • Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2010 Bagi Kategori “Penerima Darjah Kebesaran Dan Pingat” Yang Telah Diadakan Pada 28 Februari 2011
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. Hj. MOHD NOH BIN KARIM dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"