Date: Selasa, Oktober 3, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ir. Hj. NASIR BIN ABDUL HAMED, PENGARAH KANAN CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 4 Oktober 2017.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Mekanikal pada 22 Disember 1980 di Cawangan Jentera. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah bertugas di pelbagai penempatan antaranya JKR Woksyop Negeri Perak, JKR Unit Turnkey, Unit Projek KLIA, JKR Putrajaya, Cawangan Kerja Keselamatan dan Cawangan Kerja Bangunan Am.

Di atas khidmat bakti sepanjang perkhidmatan awam, beliau telah menerima;

A. Pingat

  1. Pingat Pekerti Terpilih oleh DYMM Sultan Perak pada tahun 1990
  2. Pingat KMN oleh Yang DiPertuan Agong pada tahun 2008

B. Anugerah

  1. Sijil Perkhidmatan Cemerlang - 1987
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2005

Selain itu, beliau turut memberi sumbangan sebagai;

  • Ahli Jawatankuasa Penasihat Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia
  • Ahli Jawatankuasa Penasihat Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Petronas
  • Ahli Jawatankuasa Pasukan Khas Outcome Based Budgetting (OBB), KKR
  • Ahli Lembaga Tender Kementerian Pertahanan
  • Ahli Lembaga Tender Kementerian Perusahaan Komoditi
  • Wakil JKR untuk SIRIM dalam urusan penyediaan Piawai dan Standard Malaysia untuk peralatan mekanikal - Pencegah Kebakaran
  • Membantu JKR menyediakan Buku Merah Pertama - Garis Panduan Keperluan Arkitek dan Sivil Bagi Rekabentuk Sistem Mekanikal Dalam Bangunan

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.