Date: Ahad, Oktober 9, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS IR. HJ. WAN MOHAMAD HILMI BIN WAN MAHMUD, PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN NILAI, UNIT PERANCANGAN EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI  yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 10 Oktober 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Jalan bertempat Bahagian Jalan, Ibu Pejabat JKR Perak. Beliau telah berkhidmat hampir 37 tahun dan 6 bulan dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

1.     Tahun 1985-1989: Jurutera Jalan, Bahagian Jalan, Ibu Pejabat JKR Perak

2.     Tahun 1989-2001: Jurutera Jalan, Jabatan Kerja Raya Hulu Perak, Negeri Perak Darul Ridzuan

3.     Tahun 2001-2004: Jurutera Jalan (J41), Jabatan Kerja Raya Daerah Kerian, Perak

4.     Tahun 2004-2009: Jurutera Daerah (J44), Jabatan Kerja Raya Daerah Battang Padang, Perak

5.     Tahun 2005-2009: Jurutera Daerah (J48), Jabatan Kerja Raya Daerah Kubang Pasu, Kedah

6.     Tahun 2009-2012: Ketua Penolong Pengarah (J52), Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR, KL

7.     Tahun 2012-2014: Ketua Penolong Pengarah Kanan(J52), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM

8.     Tahun 2014-2015: Ketua Penolong Pengarah Jalan(J52), Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang

9.     Tahun 2015-2017: Jurutera Awam Penguasa Kanan(J54), Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR, KL

10.  Tahun 2017-2019: Pengarah(J54), Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah

11.  Tahun 2019-2020: Pengarah(JUSA C): NADMA JPM

12.  Tahun 2020-2022: Pengarah (JUSA B): Bahagian Pengurusan Nilai, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

1.     Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai

2.     Jurutera Siswazah (Ruj : 34425)

3.     Jurutera Profesional (No. Reg : P113721)

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

1.     Jawatankuasa Ruang Pejabat (JRP)

2.      Jawatankuasa Mesyuarat Tindakan Kader (MTK), JKR

3.      Jawatankuasa Pemudahcara Pelaksanaan Projek, UPE JPM

4.      Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) Dan Jawatankuasa  Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK), UPE JPM

5.      Jawatankuasa Tindakan Pembangunan (MJTP), UPE JPM

6.      Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR), UPE JPM

7.      Jawatankuasa Pemantauan Penguatkuasaan Industrialised Building System (JPP IBS) JPM

8.      Jawatankuasa Teknikal, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)

9.      Jawatankuasa Sebutharga UPE, JPM

10.   Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) UPE JPM

11.   Jawatankuasa Pegawai Keselamatan Berjadual (JKB)

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

1.     (2017, 2018, 2019)

2.      Ahli Kehormat Kelab Golf Diraja Kedah

3.     Pengerusi Kelab Sukan Kerja Raya JKR Kedah

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

1.     Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Perak Tahun 1993

2.     Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Kedah Tahun 2008

3.     Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ICU, Jabatan Perdana Menteri Tahun 2011  

5.     Dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (PPT) Negeri Perak Tahun 2001

6.     Dikurniakan Pingat Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK) Tahun 2011

7.     Dikurniakan Pingat Setia Diraja Kedah (SDK) Tahun 2019

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrsIr. WAN MOHAMAD HILMI BIN WAN MAHMUD dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"