Date: Jumaat, Disember 29, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HJH AISHAH HAZLINA BINTI MD DEAN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 2 Januari 2024.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Mekanikal (J41) di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 1 September 1992. Beliau telah berkhidmat lebih 31 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1992-2003: Jurutera Mekanikal(J41), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  2. Tahun 2003-2004: Jurutera Mekanikal(J41), Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  3. Tahun 2004-2005: Jurutera Mekanikal Kanan(J48), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  4. Tahun 2005-2007: Ketua Penolong Pengarah(J48), Cawangan Pangkalan Udara Maritim, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  5. Tahun 2007-2012: Jurutera Mekanikal Penguasa(J52), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  6. Tahun 2012-2016: Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan (J54), Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  7. Tahun 2016-2021: Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  8. Tahun 2021-2024: Pengarah Khidmat Pakar,(JUSA C), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Jurutera Profesional Dengan Perakuan Amalan Dan Berdaftar Dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
  • Asean Chartered Profesional Engineer (ACPE)
  • Tahap Kompeten Bagi Bidang Penyaman Udara Bagi Program Pensijilan JKR Malaysia

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Program Kompetensi Disiplin Mekanikal.
  2. Panel Penilai Anugerah-Anugerah Bagi Cawangan Kejuruteraan Mekanikal.
  3. Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa Sebut Harga Cawangan Kejuruteraan Mekanikal.
  4. Pengerusi Panel Peperiksaan Subjek Jabatan (Mekanikal).
  5. Ketua Bidang Mechanical Services In Building Bagi Program Pensijilan JKR Disiplin Mekanikal.
  6. Ahli Jawatankuasa Penggubal Program Pensijilan Disiplin Mekanikal.
  7. Panel Temuduga Kenaikan Pangkat Disiplin Mekanikal.
  8. Timbalan Pengerusi 2 AJK Pemandu Bim.
  9. Naib Presiden Kelab Cawangan Kejuruteraan Mekanikal.
  10. Ahli Jawatankuasa Champion / Owner Ckm Business Plan 2021 – 2025.
  11. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Ckm 2021 – 2023.
  12. Pengerusi Gantian Dan Ahli Jawatankuasa Sebutharga Bagi Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan.
  13. Ahli Jawatankuasa Lembaga Perolehan B Kementerian Pengangkutan Malaysia.
  14. Ketua Panel Penilai Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Pengurusan Fasiliti Bangunan.
  15. Ahli PRO JKR.
  16. Ahli Jawatankuasa Induk Spesifikasi Piawai JKR Bagi Kerja Bangunan.
  17. Ahli Jawatankuasa Penilaian Teknikal Permohonan Kursus Ke Luar Negara.
  18. Ahli Jawatankuasa Penggubal Program Kursus Back To Basics.
  19. Ahli Jawatankuasa Mengkaji Semula Surat Arahan Jabatan.
  20. Ahli Asean Chartered Profesional Engineer.
  21. Panel Temuduga Bagi Urusan Pemangkuan Pegawai Pengurusan Dan Pofesional JKR Disiplin Arkitek.
  22. Panel Temuduga Program Pensijilan Kompetensi Disiplin Mekanikal.

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Lembaga Jurutera Malaysia.
  2. Ketua Jawatankuasa Promosi Ekosistem Kondusif Sektor Awam.
  3. Ahli Jawatankuasa Penilai Penyelidikan Dan Produk Inovasi Mekanikal.
  4. Ketua Panel Temuduga Bagi Urusan Pemangkuan Pegawai Pengurusan Dan Profesional JKR Disiplin Mekanikal.

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR Ibu Pejabat) Tahun 2009
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR Ibu Pejabat) Tahun 2015

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. HJH AISHAH HAZLINA BINTI MD DEAN  dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"