Date: Jumaat, September 2, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs Ir. HJH. HASLINA BINTI MOHD ISA, UNIT PROJEK KHAS ZON UTARA 2, CAWANGAN JALAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 3 September 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam bertempat di JPS Daerah Manjung/Perak Tengah, Perak, pada 2 April 1990. Beliau telah berkhidmat hampir 32 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1990-1993: Jurutera Awam,(J3), JPS Daerah Manjung/Perak Tengah, Perak
  2. Tahun 1993-2005: Penolong Pengarah (J41), Bahagian Bangunan, JKR Perak
  3. Tahun 2005-2010: Penolong Pengarah Kanan (J44/J48), Bahagian Bangunan, JKR Perak
  4. Tahun 2010-2012: Penolong Pengarah Kanan (J48), Bahagian Jalan, JKR Kedah
  5. Tahun 2013-2015: Penolong Pengarah Kanan (J48), Bahagian Korporat, JKR Kedah
  6. Tahun 2014-2015: Ketua Penolong Pengarah (J52), CPAB, JKR Kedah
  7. Tahun 2015-2017: Jurutera Daerah(J52), JKR Daerah Manjung, Perak
  8. Tahun 2017-2017: Jurutera Awam Penguasa Kanan(J54), Bahagian Pengambilan Balik Tanah, Caw Jalan, JKR Ibu Pejabat
  9. Tahun 2017-2022: Jurutera Awam Penguasa Kanan(J54), Unit Projek Khas Zon Utara 2, Cawangan Jalan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Jurutera Profesional Dengan Sijil Amalan ( PEPC)

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Registered Program  Director  M0055/22
  2. Registered Project Manager Rp 0005/10
  3. Assessor Workplace Assessment ( Project Management ) A0023/14
  4. Certified ISO 9001 QMS Lead Auditor

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ketua Pasukan Audit ISO 9001:2015
  2. Assessor Bagi Program Pentauliahan Pengurus Projek CBAS

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Institut Jurutera Malaysia

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Perak “AHLI MAHKOTA PERAK “ Tahun 2006
  2. Anugerah Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) Kerajaan Negeri Perak
  3. Anugerah Khidmat Cemerlang JKR Negeri Perak Tahun 2016
  4. Anugerah Khidmat Cemerlang JKR Negeri Kedah Tahun 2013
  5. Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2010 Pengurus Projek / Tenaga Bertauliah ( Registered Project Management
  6. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Negeri Perak Tahun 2005
  7. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  JKR Negeri Perak ) Tahun 2000

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrsIr HJH. HASLINA BINTI MOHD ISA dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"