Date: Rabu, Julai 19, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HUSIN BIN MUSTAFA yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 19 JULAI 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Elektrik (A11/18) bertempat di Cawangan Kejuruteraan Elektrik pada 16 Mei 1991. Beliau telah berkhidmat hampir 32 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1991-1994: Jurutera Elektrik (A11/18), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IPJKR
  2. Tahun 1994-2001: Jurutera Elektrik (A11/18), JKR Negeri Sembilan
  3. Tahun 2001-2004: Jurutera Elektrik Kanan (J48), JKR Putrajaya
  4. Tahun 2005-2006: Jurutera Elektrik Kanan (J48), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IPJKR
  5. Tahun 2006-2009: Pengarah Kejuruteraan M&E(J48), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
  6. Tahun 2009-2015: Ketua Jurutera Elektrik Negeri (J52), JKR Negeri Sembilan
  7. Tahun 2015-2016: Ketua Jurutera Elektrik Negeri (J54), JKR Negeri Terengganu
  8. Tahun 2016-2017: Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Bangunan Am 2.
  9. Tahun 2017-2020: Jurutera Elektrik Penguasa Kanan(J54), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IPJKR
  10. Tahun 2020-2023: Pengarah (JUSA C), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IPJKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Profesional – BEM, 2017 (No. Reg.: P118371)

b) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Lembaga Jurutera (BEM)
  2. Penemuduga Program Pensijilan JKR
  3. Pengerusi Jawatankuasa Pelulus Spesifikasi
  4. Mempengerusikan Jawatankuasa Kerja SIRIM/JSM
  5. Menjadi Ahli Jawatankuasa Teknikal SIRIM/JSM

c) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013
  2. Pingat Pekerti Terpilih (D.P.T) – NS tahun 2013
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. HUSIN BINTI MUSTAFA dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"