Date: Jumaat, Disember 28, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ir. IHSAN @ SANI BIN ATAN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 2 Januari 2019.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Jurutera Awam 7 September 1983 dan ditempatkan di Cawangan Kerja Perubatan dan Kesihatan. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1. Tahun 1983 - 1998    : Jurutera Awam, Cawangan Kerja Perubatan dan Kesihatan
2. Tahun 1998 - 1999   : Jurutera Awam, Pusat Khidmat Kontraktor, Cawangan Johor, Kementerian Pembangunan Usahawan
3. Tahun 1999 - 2000    : Jurutera Awam, Jawatan Kumpulan Latihan, Cawangan Perancangan
4. Tahun 2000 - 2004    : Jurutera Awam, Cawangan Bangunan
5. Tahun 2004 - 2007    : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Pengurusan Korporat
6. Tahun 2007 - 2008    : Jurutera Awam Kanan, JKR Selangor
7. Tahun 2008 - 2017    : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan
8. Tahun 2017 - 2018  : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Jawatan Latihan CDPK - Dipinjamkan ke Pasukan Projek Independent Checker Engineer (ICE) bagi Projek MRT Laluan 2
9. Tahun 2018 - 2019    : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima;

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.