Date: Rabu, Julai 28, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. ILLIAS BIN HUSAIN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN KORPORAT JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 28 JULAI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Kerja Tentera (A18/A11) di JKR Daerah Kuala Muda/ Sik Kedah pada 19 Ogos 1985. Beliau telah berkhidmat hampir 36 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985 - 1993: Jurutera Kerja Tentera (A18/A11), JKR Daerah Kuala Muda/ Sik, Negeri Kedah
  2. Tahun 1993 - 2004: Jurutera Jalan (J41), Unit JKR Ketengah, Negeri Terengganu
  3. Tahun 2004 - 2006: Ketua Penolong Pengarah Pendidikan (J48), JKR Negeri Pahang
  4. Tahun 2006 - 2008: Ketua Penolong Pengarah Jalan (J48), JKR Negeri Pahang
  5. Tahun 2008 - 2013: Jurutera Daerah Temerloh (J52), JKR Negeri Pahang
  6. Tahun 2013 - 2015: Jurutera Awam Penguasa (J52), KPKT Zon Timur Kuala Terengganu
  7. Tahun 2015 - 2016: Timbalan Setiausaha Bahagian (Teknikal) (J54), Bahagian Pembangunan KPKT Putrajaya
  8. Tahun 2016 - 2017: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kejuruteraan Cerun
  9. Tahun 2017 - 2021: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Bahagian Korporat JKR Negeri Pahang

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Professional

b) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. AJK Majlis Sukan JKR Pahang
  2. AJK Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Pahang

c) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Pingat Setia Mahkota Pahang (SMP)
  2. Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2002 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. Ir. ILLIAS BIN HUSAIN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"