Date: Isnin, September 26, 2016

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Johari bin Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia yang akan bersara sebagai kakitangan awam mulai 27 September 2016.

Beliau telah mula berkhidmat pada 01 Jan 1978. Sepanjang berkhidmat selama 38 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di JKR Woksyop JPS Kelantan, JKR Kuari Bukit Pengorak, Kuantan Pahang, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Cawangan Pengurusan Projek Kompleks.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.