Date: Selasa, April 7, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. KAMALUDDIN BIN HAJI ABDUL RASHID, KETUA PENGARAH KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 11 April 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam pada 8 Oktober 1983 di Cawangan Kerja Dalam Negeri, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1990 : Jurutera Awam, Cawangan Kerja Dalam Negeri, Ibu Pejabat JKR
  2. Tahun 1990 - 1996 : Jurutera Bangunan, JKR Daerah Kemaman Terengganu Tahun 1996 - 1998 : Jurutera Awam Kanan, Unit Jambatan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  3. Tahun 1998 : Mengikuti Course on Bridge Engineering II,  Japan International Cooperation Agency (JICA), Tokyo, Japan
  4. Tahun 1999 - 2000 : Mengikuti Kursus Lepasan Ijazah Sarjana di UPM, Serdang
  5. Tahun 2000 - 2004 : Kumpulan Forensik Struktur, Cawangan Kejuruteraan Struktur Dan Kejuruteraan Pakar, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  6. Tahun 2004 - 2008 : Mengikuti Kursus Lepasan Ijazah Ph.D di University of Nottingham, United Kingdom
  7. Tahun 2008 - 2011 : Ketua Bahagian Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur Dan Jambatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  8. Tahun 2012 - 2015 : Pengarah Pakar dan Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan, Ibu Pejabat JKR
  9. Tahun 2015 - 2017 : Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR
  10. Tahun 2017 - 2018 : Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan)
  11. Tahun 2018 - 2019 : Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar)
  12. Tahun 2019 - 2020 : Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia

 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Sijil Jurutera Awam Tahap 4, Kejuruteraan Forensik (Bangunan), dianugerah oleh JKR Malaysia (2016)
  2. Sijil Jurutera Awam Tahap 4, Kejuruteraan Struktur (Bangunan), dianugerah oleh JKR Malaysia (2016)
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2009, 2002, 1993, 1989 dan 1987
  4. Graduate School Travel Prizes, Awarded by Graduate School, University of Nottingham (2006)
  5. The Joe Peirce Concrete Technology Award Trust, Awarded by The Concrete Society, Surrey, United Kingdom (2006)

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Registered Professional Engineer (Reg No 18369) (P.Eng) with Board of Engineers Malaysia (BEM)
  2. Corporate Member of The Institution of Engineers Malaysia (IEM) (M8191)
  3. Presiden Board of Engineers Malaysia (BEM) (2019-2020)
  4. Council Member of Malaysian Structural Steel Association (MSSA) (2019-2021)
  5. Ahli Penasihat Pensijilan, IKRAM QA Services Sdn. Bhd.(2011-2018)
  6. Technical Member of Technical Committee on Earthquake, SIRIM Bhd. (2017-2018)
  7. Editorial Advisory Board, Malaysian Construction Research Journal, Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) (2008-2016)
  8. Menghasilkan beberapa siri penerbitan/kertas kerja di dalam bidang seperti, Kejuruteraan Struktur, Kejuruteraan Forensik Kejuruteraan Bahan,  Industrialised Building System (IBS) dan Kejuruteraan Seismik dan Gempa Bumi

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Penghulu Masyarakat Malaysia (2005-2006), Nottingham Malaysian Community Nottingham, United Kingdom
  2. Pengerusi Sesi Pembentangan Kertas Kerja, Seminar ‘Road Bridges: The Italian Experience’ (2009) Anjuran Road Engineering Association, Malaysia

 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBrs. Ir. KAMALUDDIN BIN HAJI ABDUL RASHID dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.