Date: Isnin, March 5, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. KAMAR BIN KASSIM, TIMBALAN SETIAUSAHA BAHAGIAN, BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN PROJEK, KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 5 Mac 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 4 September 1981 dan ditempatkan di Projek Pemulihan Pelabuhan Kuantan, Pahang. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1981 - 1983         : Jurutera Awam di Projek Pemulihan Pelabuhan Kuantan, Pahang
2)Tahun 1983 - 1986          : Jurutera Awam di Cawangan Hal Ehwal Dalam Negeri, Ibu Pejabat JKR Malaysia
3) Tahun 1986 – 1988        : Jurutera Daerah, JKR Daerah Baling, Kedah
4) Tahun 1988 – 1996        : Jurutera Awam Kanan, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5) Tahun 1996 – 2004        : Jurutera Awam Kanan, Unit Senggara Jalan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
6) Tahun 2004 – 2015        : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia
7) Tahun 2015 – 2018       : Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Dan Pelaksanaan Projek, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Sepanjang bertugas di KPKT, beliau telah dilantik sebagai Jurutera Penguasa bagi projek – projek berikut;

1) Projek Perumahan Rakyat PPR di Negeri Sarawak , Kelantan, Terengganu dan Pahang sebanyak 39 buah dengan kos keseluruhan hampir RM 1 bilion.
2) Projek – projek Walkabout Minister sebanyak 30 projek dengan kos RM100 juta;
3) Projek – projek Jabatan Bomba Malaysia sebanyak 7 projek dengan kos RM25 juta;
4) Projek Pasar Payang Kuala Terengganu dengan kos RM70 juta;
5) Projek Pembinaan Bangunan Majlis Kuala Krai dengan kos RM4.5 juta

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah Kerajaan Negeri
1) Ahli Mangku Negara AMN, Tahun 1993           

b) Anugerah dalam Perkhidmatan
1) Anugerah Khidmat Cemerlang APC, Tahun 1990
2) Anugerah Khidmat Cemerlang APC, Tahun 1995
3) Sijil Khidmat Cemerlang (JKR Malaysia), Tahun 2012
4) Sijil Khidmat Cemerlang (KPKT), Tahun 2017

c)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1) Ahli Professional Engineer with Practising Certificate BEM;
2) Ahli seumur hidup The Road Engineering Association of Asia And Australasia;
3) Associate Asean Engineer, (AAE);
4) Ahli The Institution OF Engineers Of Malaysia (IEM);
5) Ahli CITP Initiative Working Group on Industrialized Building System (IBS) CITP-IWG/P3-IBS.

d) Selain itu, beliau turut menyumbangkan idea dan kepakaran dalam penerbitan buku dan garis panduan sebagai rujukan kepada warga kerja JKR seperti berikut;
1) Ahli Jawatankuasa Penggubal “ National Slope Masterplan, Malaysia 2010”;
2) Pelantikan Pegawai Pemeriksa Kertas Jawapan Ujian Kursus PTK JKR Sesi 2 Tahun 2008 bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional Gred J48/TK4;
3) Ahli Panel Penggubalan Sukatan Penilaian Tahap Kecekapan PTK JKR Malaysia Tahun 2009 bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional serta Kumpulan Sokongan 1 Bil. 2 Tahun 2009;
4) Ahli Jawatankuasa Teknikal Dan Kewangan Kerja-kerja Penyenggaraan Cerun di seluruh Sabah;
5) Ahli Jawatankuasa Kumpulan Kerja Tanah Runtuh Cawangan / Jabatan semasa Bencana Tanah Runtuh berlaku;
6) Ahli Jawatankuasa Penggubal Buku Rujukan Teknikal “GUIDELINES FOR SLOPE DESIGN”, Januari 2010;
7) Ahli Jawatankuasa Penggubal “GUIDELINES ON SLOPE MAINTENANCE IN MALAYSIA” Ogos 2006;
8) Ahli Jawatankuasa Penggubal  Nota dan Garis Panduan “PEMERIKSAAN CERUN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA” Mei 2005 Versi 2;
9) Ahli Jawatankuasa Penggubal  Nota dan Garis Panduan “PEMERIKSAAN CERUN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA” Mac 2000;
10) Ahli Jawatankuasa Penggubal Garis Panduan “QUALITY ASSURANCE IN CONCRETING WORKS”, Disember 1989.

e) Beliau turut dianugerahkan sijil penghargaan seperti berikut;
1) Sijil Penghargaan – Kursus Kesedaran MS ISO 9000 JKR Malaysia peringkat Cawangan Jalan;
2) Sijil Penghargaan- Kursus Contract Review and Design Control MS ISO 9000 JKR Malaysia Peringkat Cawangan Jalan;
3) Sijil Penghargaan Kursus Kefahaman MS ISO 9000 JKR Malaysia - Quality Manual Quality Procedure and Standards Peringkat Cawangan Jalan;
4) Sijil Penghargaan - Kursus Internal Quality Audit Peringkat Cawangan Jalan MS ISO 9001 JKR Malaysia.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.