Date: Isnin, Oktober 11, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. KAMSIAH BINTI MADIU, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, PASUKAN PROJEK KHAS 2, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 12 OKTOBER 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Elektrik bertempat di Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Kedah pada 16 Januari 1992. Beliau telah berkhidmat hampir 29 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1992-2008: Jurutera Elektrik (J41/J44/J48), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Kedah
  2. Tahun 2008-2009: Jurutera Elektrik Kanan (J48), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Perlis
  3. Tahun 2009-2016: Jurutera Elektrik Kanan (J48), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Perak
  4. Tahun 2017-2018: Jurutera Elektrik Kanan (J48), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Pulau Pinang
  5. Tahun 2018-2019: Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Perak
  6. Tahun 2019-2021: Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (J54), Pasukan Projek Khas 2, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Jurutera Profesional Institut Jurutera Malaysia (IEM)
  2. Jurutera Profesional Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
  3. Jurutera Profesional Asian Chartered Professional Engineer (ACPE)

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Fasilitator KIK CKE JKR Perak
  2. Jawatankuasa Spesifikasi L-S20 CKE Ibu Pejabat JKR Malaysia
  3. Jawatankuasa Needstatement Project Design & Built, CKE Ibu Pejabat JKR Malaysia
  4. AJK Logistik & Gimik Sambutan Hari Inovasi JKR Malaysia Di Perak
  5. AJK Logistik & Gimik Sempena Mesyuarat Jurutera-Jurutera Awam Di Perak
  6. AJK EKSA Pasukan Projek Khas 2
  7. AJK Keselamatan & Kesihatan Pasukan Projek Khas 2

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Seumur Hidup Puspanita Kebangsaan
  2. AJK Puspanita Negeri Kedah
  3. Timbalan Pengerusi Puspanita JKR Perak
  4. AJK Persiapan Tempat Sukma Perak Ke 19 2018
  5. Atlet Sukan JKR Malaysia 2018 Di Perak (Bowling Ten Pin Juara Kumpulan)
  6. Atlet Sukan JKR Malaysia 2019 Di Sabah (Bowling Ten Pin Tempat Ke 3 Bergu Campuran)
  7. Pengerusi Kelab Sukan Dan Kebajikan CKE Perak
  8. Pengerusi Kelab Sukan Dan Kebajikan CKE Pulau Pinang
  9. Pengerusi Kelab Sukan Dan Kebajikan CKE Perlis
  10. Timbalan Pengerusi Kelab Sukan Dan Kebajikan CKE Kedah
  11. Ahli Khairat Kematian Surau Taman Perumahan

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Kurnia Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P) 2020
  2. Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2016
  3. Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 1996

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. Ir. KAMSIAH BINTI MADIU dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"