Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. KANIAH BINTI AMBAK yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 8 JULAI 2023.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J3) bertempat di JKR Daerah Johor Bahru pada 22 Julai 1996. Beliau telah berkhidmat hampir 27 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
- Tahun 1996-2006: Jurutera Awam (J3), JKR Daerah Johor Bahru
- Tahun 2006-2007: Jurutera Awam (J44), JKR Daerah Johor Bahru
- Tahun 2007-2011: Jurutera Daerah (J48), JKR Daerah Kota Tinggi
- Tahun 2011-2014: Penolong Pengarah Kanan (J48), Bahagian Senggara Fasiliti Jalan (BSFJ)
- Tahun 2014-2017: Ketua Penolong Setiausaha Kanan (J52), Bahagian Perancang Jalan Kementerian Kerja Raya
- Tahun 2017-2023: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;
a) Kelayakan Profesional
Lembaga Jurutera Malaysia
- Jurutera Profesional (Ir.)
- Jurutera Profesional Dengan Perakuan Amalan
b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan
- Kompetensi Kejuruteraan Struktur Bangunan Tahap 3
- Kompetensi Kejuruteraan Cerun Tahap 4
- Lead Auditor ISO 45001:2018 OSH Management Systems
c) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- Penceramah dan Mentor Program Coaching And Mentor Pegawai Professional Baru Gred J41 JKR Johor - 2018
- Panel Penilai Pengurusan JKR Daerah Terbaik JKR - 2011
- Mentor Program Pementoran Jabatan Kerja Raya 2011-2013
- Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan JKR Malaysia - 2012 hingga kini
- Pembentang Cadangan Dikenakan Wang Cagaran Keatas Syarikat Utiliti Bagi Tujuan Pengalihan Paip Di Tapak Kerja Penyelenggaraan Jalan (Mesyuarat Pengarah-Pengarah JKR Malaysia) – 2013
- Penceramah Seminar Keselamatan Jalan Dan Pengurusan Jalan Untuk Pihak Berkuasa Tempatan – Anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan – 2013
- Pasukan Penyedia dan Penceramah Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Bagi SPK Pengurusan Penyenggaraan – 2013-2014
- Penceramah Program Latihan Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2013 – Kursus Kebenaran Merancang Berkaitan Kerja Kejuruteraan Awam – 2013
- Penceramah Program Latihan Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2013 – Kursus Asas SPB Prosidur Penyelenggaraan – 2014
- Ahli Jawatankuasa Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri – 2014
- Ketua Penyelaras Laporan Pencapaian Outcome Program/Projek Pembangunan Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome (JKPO) ICU, JPM – KKR mendapat penghargaan tempat ketiga dari seluruh kementerian yang terlibat bagi Tahun 2017.
- Ketua Projek Pelan Transformasi Kementerian Kerja Raya 2016 Bersama JPA : MyRoad Pedia KKR-JPA (Data Spatial) – 2016
- Jawatankuasa Siasatan Dalaman Terhadap Pemerhatian Audit Oleh Jabatan Audit Negara Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FR5 Dari Sabak Bernam Ke Hutan Melintang – 2017
- Pegawai Integriti Peringkat Cawangan Kejuruteraan Cerun -2018 hingga Kini
- Ketua Pasukan Audit dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001: 2007 – 2018-2021
- Ahli Jawatankuasa Hari Profesion Teknikal Negara – 2019
- Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Mesyuarat Jurutera Awam JKR Malaysia Tahun 2019
- Pemilik Kompetensi Program Persijilan Jabatan Kerja Raya – 2019-2020
- Jawatankuasa Pelaksanaan Dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu – 2019-2020
- Ahli Tetap Jawatankuasa Teknikal ICT JKR – 2019-2020
- Pegawai Pengelas Akta Rahsia Rasmi 1972 Perlantikan Di Bawah Seksyen 2B – 2019-2020
- Ahli Jawatankuasa Penyediaan Standard Operating Prosidur (SOP) Pengurusan Cerun – 2021
- Pengerusi Jawatankuasa Penyiasat Aset Tak Alih Kerajaan Di Bawah Kawalan Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Jabatan Kerja Raya Malaysia – 2021
- Mentor Professional Assessment Examination (BEM) – 2022
- Ahli Garis panduan Pemetaan Bahaya Dan Risiko Cerun – 2022
- Jawatankuasa Kumpulan Kerja Tanah Runtuh (JKKTR) Di Laluan B66, Seksyen 14.0 Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Daerah Hulu Selangor – 2022-2023
- Panel Temu Duga Bagi Urusan Pemangkuan Pegawai Pengurusan Dan Profesional JKR Malaysia Sesi 2 Tahun 2023
- Pegawai Prestasi KPI / Pelan Strategik / Pemantau Risiko Cawangan Kejuruteraan Cerun – 2023
d) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
- Timbalan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Daerah Johor Bahru – 1996-2017
- Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Daerah Kota Tinggi -- 2007-2011
- Penaung Koperasi Kakitangan JKR Daerah Kota Tinggi – 2007-2011
- Ahli Jawatankuasa Kebudayaan Daerah Kota Tinggi – 2007-2011
- Ahli Jawatankuasa PEMADAM Daerah Kota Tinggi – 2007-2011
- Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Daerah Kota Tinggi – 2007-2011
- Penolong Pengurus Pilihan Raya Umum ke-12 Parlimen Kota Tinggi – 2007-2011
- Panel Temu Duga JPA Lepasan SPM Ke Luar Negara – 2008
- Ahli Persatuan Anak-Anak Terengganu di Selangor & Wilayah Persekutuan (PESAT) – 2012 hingga kini
- Ahli Jawatankuasa PIBG SK. Sultan Hishamuddin Alam Shah Kuala Lumpur
- Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) – 2014
- Ahli Lembaga Koperasi JKR Malaysia Berhad -2015-2022
- Wakil Jurutera Profesional Majlis Bersama Jabatan peringkat KKR – 2015-2017
- Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Pelan Induk Geospatial Negara 2016/2017 – MaCGDI
- Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI – Standard Pemakaian Kod Simbol & Warna Simbol Bagi Data Spatial 2016/2017
e) Penghargaan dan Pengiktirafan
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022
- Pengurniaan Bintang Kesatria Mangku Negara (K.M.N) 2020
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1998
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1992
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1989
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. KANIAH BINTI AMBAK dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.
Selamat Bersara.
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"
- 2071 bacaan