Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. MALEK BIN HISHAM yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 3 Mac 2025.
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Jurutera Mekanikal Gred J3 di Jabatan Kerja Raya, Negeri Johor pada 16 November 1992. Beliau juga telah berkhidmat lebih 33 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
- Tahun 1992 – 2001: Jurutera Mekanikal Gred J3, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Negeri Johor;
- Tahun 2001 – 2002: Jurutera Mekanikal Gred J3, Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
- Tahun 2002 – 2004: Jurutera Mekanikal Gred J3, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Negeri Pahang;
- Tahun 2004 – 2009: Pengarah Pembinaan Mekanikal Gred J48, Cawangan Bangunan Am, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
- Tahun 2009 – 2014: Ketua Penolong Pengarah Gred J52, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Negeri Johor;
- Tahun 2014 – 2016: Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan Gred J54, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Unit Rekabentuk Keselamatan dan Maritim, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
- Tahun 2016: Ketua Jurutera Mekanikal Gred J54, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Woksyop Persekutuan, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
- Tahun 2016 – 2021: Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan Gred J54, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
- Tahun 2021: Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan Gred J54, Cawangan Senggara Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia; dan
- Tahun 2021 – 2025: Pengarah Teknikal dan Infrastruktur Gred JUSA C, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri.
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan.
Antaranya ;
a) Kelayakan Profesional
- Jurutera Profesional (Ir.)
b) Lain-Lain Kekompetenan
- Sijil Kompeten JKR Malaysia (Vechiles).
c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Negara;
- Jawatankuasa Penyelaras Teknikal Bencana Cerun Runtuh Empangan Tasik Kenyir, Terengganu Darul Iman dan Aliran Puing, Gunung Jerai, Kedah Darul Aman;
- Jawatankuasa Pelan Induk Cerun Negara (PICN);
- Panel Penilai Program persijilan Jabatan Kerja Raya Untuk Kompentensi Pegawai;
- Jawatankuasa Kejohanan Lumba Basikal Le Tour D’Langkawi;
- Pegawai Gerbang Nilai Reviewer Jabatan Kerja Raya;
- Panel Temuduga Prgram Ijazah Luar Negara (PILN) Oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); dan
- Panel Temuduga Kenaikan Pangkat Kumpulan Sokongan Oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ).
d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
- Penceramah Jemputan Bagi Kursus Jurutera dan Masyarakat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Penasihat Teknikal, Surau Setia Tropika Johor Bahru.
e) Penghargaan dan Pengiktirafan
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 1997
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2006
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2014
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2019
- Bintang Kesatria Mangku Negara (K.M.N) Tahun 2020
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. Ir. MALEK BIN HISHAM dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.
Selamat Bersara.
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 1997 bacaan