Date: Jumaat, Disember 25, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. MAMAT ROHIZAN BIN ABDULLAH, PENGARAH REKABENTUK, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 25 DISEMBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Mekanikal di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 15 Oktober 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1990 : Jurutera Mekanikal (J3), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR
  2. Tahun 1990 - 2001 : Jurutera Mekanikal (J3), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Selangor
  3. Tahun 2001 - 2004 : Jurutera Mekanikal (J2), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Negeri Melaka.
  4. Tahun 2004 - 2005 : Jurutera Mekanikal Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Negeri Perak
  5. Tahun 2005 - 2006 : Jurutera Mekanikal Kanan, Cawangan Kejuruteraan mekanikal, IPJKR
  6. Tahun 2006 - 2007 : Jurutera Mekanikal Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR
  7. Tahun 2007 - 2017 : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan,Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR
  8. Tahun 2017 - 2020 : Pengarah Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional;

  1. Profesional Engineer with Practising Certificate (PEPC) No. C19604 berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia
  2. Jurutera Profesional dengan Asean Chartered Profesional Engineer (ACPE
  3. Ahli badan Profesional,The Institution of Engineers Malaysia (IEM), 1998

b) Anugerah

  1. AHLI YANG KETIGA (PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN PADUKA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (P.M.K)  DAN PINGAT JASA KEBAKTIAN SELANGOR (P.J.K)

c) Lain-lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Medical Gas Pipeline System (MGPS) Competent and Authorised Person dari MGPS Services Ltd, United Kingdom (2008)
  2. Sirim & International Register of Certifed Auditors (IRSA) Australia, Certified Lead Auditors QMS ISO 9001:2008

d) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Panel Temuduga bagi Urusan Pemangkuan Pengurusan & Profesional Sesi 1/2020 JKR Malysia
  2. Pengerusi Jawatankuasa Temuduga Penilaian Pensijilan Kompetensi Mekanikal 2020
  3. Ahli Jawatankuasa Latihan dan Kompetensi bidang Mekanikal 2020/2021
  4. Ahli Jawatankuasa Penilai Penyelidikan dan produk Innovasi Mekanikal 2020/2021
  5. Ahli Jawatankuasa Kerja Hari Profesion Teknikal Negara HPTN 2020, AJK Kerja Pertandingan.
  6. Ahli Jawatankuasa Pemandu & Teknikal BIM CKM
  7. Ahli Jawatankuasa Mesyuarat CCP, Tuntutan dan Arahan Perubahan Kerja Peringkat JKR Malaysia
  8. Ahli Jawatankuasa Teknikal Projek ICT J10 JKR Malaysia
  9. Ahli panel Mesyuarat Rundingan Harga Semula pelaksanaan projek Persekutuan hasil daripada Langkah meningkatkan tadbir urus perolehan kerajaan untuk Projek Bangunan.
  10. Ahli Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus CKM
  11. Ahli Jawatankuasa Menangani Isu Kulat di Bangunan Kerajaan
  12. Ahli Jawatankuasa Induk Pembangunan Lestari
  13. Ahli Jawatankuasa Pelaksana Ekosistem Kondusif EKSA dan ketua promosi EKSA CKM
  14. Ketua Panel Anugerah JKR Malaysia, Kategori Mekanikal/Elektrikal dan Kategori NSC, 2017
  15. Ketua pasukan SPB untuk Audit SPB di CPK, CKBA1, CKIP dan CJ
  16. Ahli Jawatankuasa Pertandingan Rekabentuk Hospital
  17. Ketua Pasukan SPB Health Check untuk Audit projek: Pembinaan Unit Kos Sederhana Rendah di Wakaf Masjid, Sungai Nibong, Pulau Pinang, dan Pembinaan 2 Hanger A400m dan Hanger Airbus, di Subang serta Pembangunan Institut Halal Malaysia, Enstek
  18. Ahli Jawatankuasa Pengurusan Prestasi Aktiviti di bawah OBB untuk CKM
  19. Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan Buku Dokumen Panduan Nilai Estetik Mekanikal dan Rekabentuk Plinth
  20. Pembentangan Kualiti Pembinaan dalam Pelaksanaan Pemasangan Sistem Mekanikal untuk Persatuan Kontraktor Mekanikal Malaysia
  21. Menjadi Penceramah untuk Kursus Mechanical Tender Documentation and Evaluation
  22. Menjadi Penceramah untuk Kursus Efektif Kriteria Anugerah JKR Malaysia

e) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Technical Committee Smoke Management Jabatan Standard Malaysia
  2. Ahli Jawatankuasa Kualiti, Lembaga Jurutera Malaysia
  3. Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Venue Logistik, NAFAM – Pengurusan Aset
  4. Ahli Tetap Jawatankuasa Teknikal Standard Industri Pembinaan bagi Perumahan Kebangsaan CIDB
  5. Ahli Pasukan Khas Penilai Deviations untuk Projek PFI UIAM Gambang oleh Kementerian Pengajian Tinggi
  6. Ahli Jawatankuasa Pemeriksaan Bajet Rolling Plan 2016-2017, RMK 11 di EPU
  7. Ahli Jawatankuasa Rundingan Harga Operasi & Penyelenggaraan Loji Insinerator Pulau Pangkor
  8. Ahli Jawatankuasa Siasatan Laporan Ketua Audit Negara Siri 2-2014, CIDB
  9. Ahli Jawatankuasa Siasatan Kes Siling Runtuh di Bangunan Hospital Serdang
  10. Ahli Kelab Menembak Kajang
  11. Ahli Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
  12. Timbalan Presiden Kelab CKM

f) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Ahli yang Ketiga (Paduka) Darjah Kebesaran Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat              Mulia (P.M.K),2018
  2. Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) Selangor, 2001
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC),2011 Anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR)
  4. Anugerah Pencapaian Istimewa JKR,2008- Ketua Auditor Sistem Pengurusan Kualiti
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC),2004 Anjuran Kementerian Kerja Raya KKR)
  6. Sijil Kepujian Perkhidmatan Yang Cemerlang,1989 Oleh JKR Malaysia
  7. Sijil Kepujian Perkhidmatan Yang Cemerlang,1988 oleh JKR Malaysia
  8. Anugerah  Sijil dan Medal Sumbangan Bakti Menjayakan Pertabalan DYMM Seri            Paduka Yang Dipertuan Agong ke IX Sultan Azlan Shah,1989
  9. Penghargaan dan Sumbangan Menjadi Bapa Angkat Kepada Pasukan Syria dan Thailand Sempena Kejohanan Bola Sepak Remaja Asia 2004,2005

 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBRS. Ir. MAMAT ROHIZAN BIN ABDULLAH dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.