Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. MANIMARAN A/L RAMAN yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 27 FEBRUARI 2023.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik bertempat di JKR Langkawi , Kedah pada 2 JUN 1988. Beliau telah berkhidmat lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
- Tahun 1988-1992: Pembantu Teknik (J29), JKR Langkawi, Kedah
- Tahun 1992-1993: Pembantu Teknik (J29), Kursus Implant Ke Jepun
- Tahun 1993-2003: Pembantu Teknik (J29/36), JKR Kubang Pasu, Kedah
- Tahun 2003-2004: Jurutera Awam (J41), Cawangan Arkitek , Ibu Pejabat JKR Malaysia
- Tahun 2004-2006: Jurutera Awam (J41), JKR Pulang Pinang.
- Tahun 2006-2007: Jurutera Awam (J41), JKR Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang
- Tahun 2007-2008: Jurutera Awam (J44), JKR Larut Matang & Selama, Taiping, Perak
- Tahun 2008-2009: Jurutera Awam (J48), Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
- Tahun 2009-2012: Jurutera Awam (J48), JKR Perak
- Tahun 2012-2014: Jurutera Awam (J48), JKR Kuala Muda/Sik, Sungai Petani,Kedah
- Tahun 2014-2014: Jurutera Awam (J48) Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
- Tahun 2014-2016: Jurutera Awam (J48), Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
- Tahun 2016-2016: Jurutera Awam (J48), Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan,Ibu Pejabat JKR Malaysia.
- Tahun 2016-2018: Jurutera Awam (J48), JKR Daerah Kulim, Kedah
- Tahun 2018-2018: Jurutera Awam Penguasa (J52), JKR Perak
- Tahun 2018-2020: Jurutera Awam Penguasa (J52), JKR Pulau Pinang
- Tahun 2020-2022: Jurutera Awam Penguasa (J52), JKR Kedah
- Tahun 2022-2023: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Bangunan Am 2,Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;
a) Kelayakan Profesional
- Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (I-17051)
b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan
- Intergrated environment , health ,@ safety and quality lead auditor course
c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
- Bendahari Kelab Golf Sungai Petani ,Kedah (2007,2013,2019).
- Ahli Jawatan kuasa Lion Kelab Kuala Muda.
- Setiausaha Kuil Sri Ugra Veerasingha Veeramakaliamman ,Jitra,Kedah 1993-2003.
- Bendahari Kelab Kabadi Negeri Kedah (2000-2019).
d) Penghargaan dan Pengiktirafan
- Pingat Jasa Kebaktian.
- Bintang Kebesaran Masyarakat.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. MANIMARAN A/L RAMAN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
Selamat Bersara.
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"
- 1676 bacaan