Date: Jumaat, April 15, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. MOHAMED AMIN BIN KASIM, PENGARAH KANAN CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 19 APRIL 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam bertempat di Jabatan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Perak, pada 18 Oktober 1984. Beliau telah berkhidmat hampir 38 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1984-1992: Jurutera Awam, Jabatan Bekalan Air Daerah Batang Padang Perak
  2. Tahun 1992-1999: Jurutera Awam Tingkatan Biasa (J3) , JKR Kedah
  3. Tahun 2000-2002: Jurutera Awam (J3), JKR Machang, Kelantan
  4. Tahun 2003-2007: Jurutera Awam Kanan (J48), JKR Kelantan
  5. Tahun 2007-2009: Jurutera Daerah (J52), JKR Manjung Perak
  6. Tahun 2009-2012: Ketua Penolong Pengarah (Awam) (J52), Cawangan Kerja Kesihatan
  7. Tahun 2012-2012: Ketua Penolong Pengarah (Awam) (J52), Cawangan Pengurusan Korporat – Pasukan Projek Bus Rapid Transit
  8. Tahun 2012-2018: Ketua Penolong Pengarah Kanan (Awam) (J54), Bahagian Darat, Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim
  9. Tahun 2018-2020: Pengarah (Jusa C), Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim
  10. Tahun 2020-2022: Pengarah Kanan (Jusa B), Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Professional (No.Reg.: PEPC C17008)
  2. ASEAN Chartered Professional engineer (ACPE)

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Land Transport Engineering, Level 4
  2. Lead Auditor

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi​

  1. Mengetuai Pasukan Audit Teknikal bagi pelaksanaan Projek MRT di bawah penyeliaan Jabatan Audit Malaysia
  2. Mengetuai Pasukan Audit/ Penasihat Teknikal untuk projek – projek Land Swap dibawah Perbadanan Aset Keretapi
  3. Mengetuai pasukan Penasihat Teknikal untuk pelaksanaan projek Rapif Transit System (RTS) dibawah seliaan SPAD/MOT
  4. Ketua Penilai untuk Anugerah Pengurusan JKR Terbaik
  5. Ketua Pasukan Audit ISO 9001
  6. Mengetuai penyediaan kertas kerja untuk kelulusan khas Pelantikan Perunding Ukur Tanah secara Penggiliran kepada Kementerian Kewangan
  7. Ketua Penemuduga untuk pentauliahan dalam JKR untuk kompetensi Land Transport Engineering

 

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

         Ahli Korporat untuk Institusi Jurutera Malaysia

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Dikurniakan Pingat Ahli Setia Mahkota (A.S.K) Kelantan
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1999 oleh JKR Malaysia
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004 oleh JKR Malaysia
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012 oleh JKR Malaysia
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2016 oleh JKR Malaysia

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. MOHAMED AMIN BIN KASIM  dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"