Date: Jumaat, Mei 5, 2017
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Mohamed Hafiz bin Mansor, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 06 Mei 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
 
Beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 16 April 1984. Sepanjang perkhidmatan selama 33 tahun, beliau telah bertugas di Kementerian Perumahan dan juga Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.