Date: Jumaat, March 24, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. MOHAMED TALMIZI BIN MOHD YUSOFF yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 25 MAC 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Bangunan (J3) bertempat di JKR Daerah Port Dickson pada 16 Disember 1992. Beliau telah berkhidmat lebih 31 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1992-1997: Jurutera Bangunan (J3), JKR Daerah Port Dickson
  2. Tahun 1997-2001: Jurutera Bangunan (J3), JKR Daerah Seremban
  3. Tahun 2001-2004: Penolong Pengurus Besar Pembinaan (J41), JKR Negeri Melaka
  4. Tahun 2004-2005: Jurutera Jajahan (J41), JKR Daerah Gua Musang
  5. Tahun 2005-2007: Penolong Pengarah Korporat (J44), JKR Negeri Terengganu
  6. Tahun 2007-2014: Penolong Pengarah Kanan (J48), Unit Projek Khas Jalan, JKR Kelantan
  7. Tahun 2014-2016: Ketua Penolong Setiausaha (J48/J52), Kementerian Kerja Raya
  8. Tahun 2016-2017: Penolong Pegawai Penguasa Projek (J52), Unit Projek Khas (UPK ECER 1), Cawangan Jalan
  9. Tahun 2017-2021: Pegawai Penguasa Projek (J54), Unit Projek Khas (UPK ECER 1) Cawangan Jalan
  10. Tahun 2021-2023: Timbalan Pengarah(J54), Bahagian Konsultatif & Referal Teknikal, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM)

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Lembaga Jurutera Malaysia (No. Reg. P 119095)
  • Institute of Engineers Malaysia (No. Reg. 99483)

b) Lain-Lain Kelayakan  Kekompetenan

  • Registered Project Manager (RPM)

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Penyediaan Dokumen Penyerahan Projek Jalan
  2. Ahli Jawatankuasa Penyediaan Dokumen Inspection & Testing Plan (ITP) Cawangan Jalan

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Mengambil bahagian dalam kejohanan sukan peringkat KKR tahun 2014-2015
  2. Juruaudit dalam Kelab Sukan Cawangan Jalan sesi 2020-2021

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Dikurniakan Pingat Bentara Setia Kelantan (BSK) tahun 2012
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2019

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs Ir. MOHAMED TALMIZI BIN MOHD YUSOFF dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"