Date: Khamis, Ogos 10, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. MUHAMMAD KHAZANI BIN ABDUL RAHMAN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 10 OGOS 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J3) bertempat di Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) pada 16 September 1993. Beliau telah berkhidmat hampir 30 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1993-1999: Jurutera Awam (J3), Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) 
  2. Tahun 1999-2002: Jurutera Awam (J3), Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK)
  3. Tahun 2002-2005: Jurutera Awam (J41), JKR Daerah Tumpat, Kelantan
  4. Tahun 2005-2009: Jurutera Awam (J44), JKR Daerah Kuala Terengganu
  5. Tahun 2009-2014: Penolong Pengarah Kanan (J48), Cawangan Kerja Kesihatan , Ibu Pejabat JKR Malaysia
  6. Tahun 2014-2017: Ketua Penolong Pengarah (J52), Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  7. Tahun 2017- 2017: Jurutera Awam Penguasa Kanan(J54), Cawangan Kerja Kesihatan , Ibu Pejabat JKR Malaysia
  8. Tahun 2017- 2023: Jurutera Awam Penguasa Kanan(J54), Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Siswazah (Ruj:No 14300A)
  • Jurutera Profesional (Ruj: MIEM No Ahli 103574) 3/12/2018
  • Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Profesional (Ruj:No Ahli 19780 (Civil)

b) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa sebutharga Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan
  2. Ahli Jawatankuasa Penilaian Tender Projek-projek Bahagian Udara CKIP
  3. Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Speksifikasi PQC di Apron Slab Terminal Udara Projek TUDM

c) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2003
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1996

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. MUHAMMAD KHAZANI B. ABDUL RAHMAN  dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"