Date: Selasa, April 25, 2017
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Nizar bin Mohd Nasir, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Pasukan Projek Khas Bangunan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia yang telah bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 25 April 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
 
Beliau telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1983. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 34 tahun, beliau telah menabur bakti diantaranya di Cawangan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Ibu Pejabat JBA Negeri Selangor, Syarikat Sarawak Hidro Sdn. Bhd, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.