Date: Khamis, Jun 28, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ir. NOR AZMAN BIN ISMAIL, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE) yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Julai 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Jurutera Awam pada 5 Januari 1983 dan ditempatkan di Projek Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1. Tahun 1983 – 1986                     : Jurutera Awam di Projek Lapangan Terbang Kuala Terengganu

2. Tahun 1986 – 1989                     : Jurutera Bangunan di JKR Daerah Besut, Terengganu

3. Tahun 1989 – 1991                    : Jurutera Jalan di JKR Daerah Kuala Terengganu, Terengganu

4. Tahun 1991 – 1993                     : Jurutera Projek di JKR Negeri Sembilan

5. Tahun 1993 – 1999                     : Jurutera Jalan di JKR Negeri Sembilan

6. Tahun 1999 – 2006                     : Jurutera Awam Kanan di Cawangan Pengurusan Korporat, IP JKR Malaysia

7. Tahun 2006 – 2007                     : Cuti belajar

8. Tahun 2007 – 2008                     : Jurutera Awam Penguasa di Cawangan Pengurusan Korporat, IP JKR Malaysia

9. Tahun 2008 – 2012                     : Pengurus Besar Kanan Pembinaan di Cawangan Jalan, IP JKR Malaysia

10. Tahun 2012 – 2016                  : Jurutera Awam Penguasa Kanan di Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, IP JKR Malaysia

8. Tahun 2016 – 2018                 : Jurutera Awam Penguasa Kanan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE)

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

  1. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) DYMM Sultan Terengganu
  2. Pingat Cemerlang Masyarakat (PMC) DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

b) Anugerah dalam Perkhidmatan

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1994

2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004

3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2017

c)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia

d) Beliau turut bergiat aktif dalam pelbagai jawatankuasa seperti berikut;

1. Ahli Jawatan Kuasa Kelulusan Bahan Binaan CIDB

2. Ahli Jawatan Kuasa Industriy Standards Committee on Metalic Materials SIRIM

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.