Date: Jumaat, April 28, 2017
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Norma binti Norman , Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS), JKR Malaysia  yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 1 Mei 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
 
Beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 17 Ogos 1981. Sepanjang perkhidmatan selama 36 tahun, beliau telah bertugas di pelbagai jabatan dan cawangan diantaranya Jabatan Perumahan Negara, KPKT, JBA Selangor, Cawangan Struktur dan Kejuruteraan Pakar, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Cawangan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks, JKR Malaysia dan Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan JKR Malaysia.
 
Beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak dua (2) kali sepanjang tempoh perkhidmatan dan diantara sumbangan beliau kepada negara dan jabatan adalah:
 
1) Pengerusi Pengurus Event Konvensyen Usahanita Binaan 2015
 
2) Pengerusi Program Seminar IBS 2016 dan 2016
 
3) Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Catalog IBS JKR
 
4) Committee Member of Strategic Thrust 4, Sub Working Group (ST4- SWG), Construction Industry Master Plan (CITP)
 
5) Bergiat aktif sebagai penggerak dalam Penyediaan Garis Panduan untuk Kerja Rekabentuk Struktur dan Sivil semasa bertugas sebagai Pengarah Di CKAS
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.