Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. RAMLAN BIN HAMZAH yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 23 OGOS 2023.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik (B8) bertempat di Cawangan Jalan IPJKR pada 1 September 1984. Beliau telah berkhidmat hampir 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
- Tahun 1984-1987: Pembantu Teknik (B8), Cawangan Jalan IPJKR
- Tahun 1987-1988: Pembantu Teknik (B8), Jabatan Pertanian
- Tahun 1988-1994: Pembantu Teknik (B8), JKR Daerah Gombak, Selangor
- Tahun 1994-1997: Jurutera Awam (J3), JKR WP Kuala Lumpur
- Tahun 1997-1999: Jurutera Awam (J3), Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah
- Tahun 1999-2004: Jurutera Awam (J41), JKR WP Labuan
- Tahun 2004- 2005: Jurutera Awam (J41), JBA WP Labuan
- Tahun 2005- 2006: Pengurus Air Daerah(J44), JBA Jempol
- Tahun 2006- 2009: Jurutera Awam Kanan(J48), Caw. Pakar Kej. Awam
- Tahun 2009- 2013: Jurutera Awam Kanan(J48), Caw. Pangkalan Udara Maritim
- Tahun 2013- 2014: Jurutera Daerah(J48), JKR Daerah Sabak Bernam
- Tahun 2014- 2015: Jurutera Daerah(J52), JKR Daerah Sepang
- Tahun 2015- 2017: Jurutera Awam Penguasa(J52), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
- Tahun 2017-2021: Jurutera Awam Penguasa Kanan(J54), Cawangan Kejuteraan Infrastruktur Pengangkutan
- Tahun 2021-2023: Timbalan SUB Pembangunan (T) (J54), Kementerian Pengangkutan
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;
a) Kelayakan Profesional
- Berdaftar dengan BEM- Jurutera Profesional P118610
- Berdaftar dengan IEM- Ahli Korporat M33806
b) Lain-lain Kelayakan Kekompetenan
- Registered Project Manager (RPM)
- Certified Lead Auditor ISO 45001
b) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- Co-Chair Joint Technical Team Rapid Transit System (RTS)
- Ahli Jawatankuasa CCP MOT
- Ahli Jawatankuasa EOT MOT
- Ahli Jawatankuasa VO MOT
c) Penghargaan dan Pengiktirafan
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2003
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. RAMLAN BIN HAMZAH dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.
Selamat Bersara.
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"
- 1255 bacaan