Date: Jumaat, March 31, 2017
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Ramli B Mohd Yusoff, Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu yang akan bersara pilihan dari perkhidmatan awam bermula pada 3 April 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
Beliau telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1985 di JKR Woksyop Persekutuan. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 32 tahun, beliau telah berkhidmat diantaranya di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Cawangan Arkitek, PROKOM, COS Office, Pejabat KPKR dan Bahagian Dasar Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah di anugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak tiga (3) kali dan diantara sumbangan beliau kepada negara dan jabatan adalah:
1) Wakil Jabatan dalam JK Kerja Penyediaan MS 1525 – Code of Practice on Energy Efficiency (EE) and Renewable Energy (RE) in buildings (SIRIM) (2001-2003)
2) AJK Kerja Penyediaan Garispanduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka & Bina (2004-2006)
3) AJK Kerja Penyediaan Garispanduan Perolehan Projek Reka & Bina (2002-2006)
4) Assessor bagi Program - Project Manager Certification Program (2006 hingga kini)
5) Pembentang Kertas Kerja bertajuk Pemantapan Pelaksanaan Projek Kerajaan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancang dan Pembangunan Negara (JPPN) pada 27 Mac 2012
6) AJK Penilai bagi Laporan Jawatankuasa Siasatan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara (2013)
7) Ahli Majlis MAPMA Bagi Sesi 2015/2017
8) Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan MAPMA
10) Ahli Jawatankuasa Teknikal Building Information Modelling (BIM)
Beliau turut terlibat dengan menganggotai badan professional seperti:
1) Ahli Pertubuhan Pengurusan Aset dan Projek Malaysia (MAPMA) (OM 0017)
2) Ahli Persatuan Profesional JKR (ProJKR)
3) Ahli Biasa (Ordinary Member) Institiut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia (MIHRM) (2014) (MMIHRM 100679)
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.
- 1074 bacaan