Date: Jumaat, Oktober 7, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. Razhiah binti Wahab, PENGARAH KANAN Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR(CREaTE) yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 6 Oktober 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Gred A18 bertempat di Cawangan Pengurusan, JKR, pada 2 Oktober 1984. Beliau telah berkhidmat hampir 38 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1984-1989: Jurutera ,(A18), Cawangan Pengurusan, Jabatan Kerja raya
  2. Tahun 1989-1996: Jurutera (A18), Cawangan Jalan Jabatan Kerja Raya
  3. Tahun 1998-2004: Penolong Pengarah (J3), Cawangan Jalan Jabatan Kerja Raya
  4. Tahun 2004-2009: Pengurus Besar Pembinaan (J48), Pasukan Projek ECER, Cawangan Jalan
  5. Tahun 2009-2011: Pengurus Besar Pembinaan (J52), Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR
  6. Tahun 2011-2013: Ketua Penolong Pengarah Kanan(J54), Cawangan Kejuruteraan Jalan & Geoteknik, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  7. Tahun 2013-2014: Ketua Penolong Pengarah Kanan(J54), Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
  8. Tahun 2014-2018: Jurutera Awam Penguasa Kanan(J54), Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
  9. Tahun 2018-2021: Pengarah (JUSA C), Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
  10. Tahun 2021-2022: Pengarah Kanan (JUSA B), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR(CREaTE)

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. PEPC registered with Board of Engineers Malaysia
  2. Subject Matter Expert (SME)
  3. Certified Road Safety Auditor
  4. Road Safety Engineering
  5. Road Safety Inspector
  6. Roadside Development

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. 1999 – Pembentangan - Course in Road Safety (Global Road Safety Program, Ho Chi Minh, Vietnam)
  2. 2001 – Pembentangan – Malaysian Experience in Road Safety Audit, Bangkok, Thailand
  3. 2001, 2005, 2011, 2012, 2013, 2017 &2019 - Pembentangan – Kursus Road Safety Audit
  4. 2002 – Pembentangan – Pengenalan Audit Keselamatan Jalan kepada Majlis Daerah di Malaysia
  5. 2011- Pembentangan – Pindaan Garis Panduan REAM-GL9/2006 Guidelines on Design and Selection of Longitudinal Traffic Safety Barrier
  6. 2012 – Pembentangan – Pemasangan Papan Tanda
  7. 2014 – Pembentangan - Technical Updates: Design of Roundabouts
  8. 2016 – Pembentangan – Technical Updates: Design of Roads on Hilly Areas
  9. 2019 – Pembentangan – Guidelines for the Provision of Two Wheeler Facilities in Malaysia
  10. 2019 – Pembentangan – Geometric Guideline for Motorcycle Lane
  11. 2019 – Pembentangan – Pengenalan kepada Kejuruteraan Jalan & Jambatan
  12. 2021 – Penghargaan – Naib Johan Anugerah Inovasi Pengurusan Pejabat Terbaik Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
  13. 2021 – Penghargaan – Prestasi Cemerlang 100% Pembayaran Bil dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. 1984 – 2022 : Lembaga Jurutera Malaysia
  2. 2007 – Ahli Road Engineering Association REAM
  3. 2008 – Ahli Road Engineering Association REAAA
  4. 2013 – Ahli Alumni EDP – COTI
  5. 2016-2019 – Technical Committee C.2 Design and Geometric of Safer Road Infrastructure
  6. 2017 – 2020- Panel Penilai Anugerah Kontraktor Cemerlang : Traffic Management Plan Malaysia
  7. 2020- 2022 – Technical Committee Teknikal PIARC TC3.1 Road Safety
  8. 2019 – Ahli Pertubuhan KESUJA (Kelab Sukan Cawangan Jalan)
  9. 2021-2022 – Penasihat CSSC (Kelab Sukan dan Kebajikan CREaTE)

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Pingat Johan Setia Mahkota (J.S.M.) 2021
  2. APC Tahun 2014
  3. APC Tahun 2009
  4. APC Tahun 2001

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrsIr Razhiah BINTI Wahab dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"