Date: Isnin, September 3, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. ROSLEE BIN MD SAAD, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI JKR (CREaTE), MELAKA yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 September 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah pada 1 Jun 1991 dan ditempatkan di Jabatan Bekalan Elektrik & Gas Kawasan Sabah, Sabah. Sepanjang 27 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1.

1991 - 1995

:

Penolong Pengarah,  Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas Kawasan Sabah

2.

1995 - 1999

:

Penolong Pengarah, Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas Kuala Lumpur

3.

1999 - 2004

:

Jurutera Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Melaka

4.

2004

:

Jurutera Elektrik Kanan, Projek Gerbang Selatan Johor

5.

2004 - 2007

:

Jurutera Elektrik Kanan, Cawangan Pengurusan Korporat

6.

2007 - 2009

:

Jurutera Elektrik Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Melaka

7.

2009 - 2011

:

Jurutera Elektrik Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Melaka

8.

2011 - 2014

:

Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Melaka

9.

2014 - 2016

:

Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elekrik Johor

10.

2016

:

Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Kuala Lumpur

11.

2016 - 2018

:

Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Melaka


Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1. Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T.) Negeri Melaka: Tahun 2011

b) Anugerah

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008

c) Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1. Jurutera Profesional (Ir.)

2. Jurutera Elektrik Kompeten, 132KV – Suruhanjaya Tenaga

d) Sumbangan dan Kegiatan dalam Tugas Rasmi

1. Panel Penilai Penyelia Tapak Binaan Bertauliah CIDB Malaysia

e) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

1. World Wildlife Fund Malaysia

Warga JKR merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan selama berkhidmat sebagai penjawat awam dan di JKR khasnya. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan JKR di kedudukan pada masa ini. Kami mendoakan agar YBRS. IR. ROSLEE BIN MD SAAD serta keluarga sentiasa sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan berada dalam kebahagiaan.

Selamat maju jaya dan selamat bersara.