Date: Rabu, November 25, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir ROSLINA BINTI ABDUL RAHMAN, PENGARAH PEMBINAAN (JUSA C), PASUKAN PROJEK KHAS 2 (PPK2), JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 25 NOVEMBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Unit Binaan, Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan, JKR pada 10 September 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1988 : Jurutrera Awam, Unit Binaan, Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan,JKR
  2. Tahun 1988 - 1993 : Jurutera Awam, Seksyen Keselamatan Jalan Raya, Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya Malaysia
  3. Tahun 1993 - 2001 : Jurutera Awam, Unit Jambatan, Cawangan Jalan
  4. Tahun 2001 - 2002 : Melanjutkan Pelajaran Di Peringkat Sarjana di Rensselear Polytechnic Institute, Troy, New York
  5. Tahun 2003 - 2004 : Jurutera Awam Kerja Kanan, Unit JAmbatan, Cawangan Jalan
  6. Tahun 2004 - 2007 : Pengurus Besar Pembinaan (Struktur), Pasukan Projek LPT2, JKR
  7. Tahun 2007 - 2010 : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks (PROKOM), JKR
  8. Tahun 2010 - 2016 : Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Projek KKR2, Cawangan Kerja Bangunan Am
  9. Tahun 2017 – 2018 :Deputy Director (Design), Dipinjamkan ke HSSI sebagai ICE untuk Projek MRT Line 2.
  10. Tahun 2019-2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Darat, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan.
  11. Tahun 2019 – 2020 : Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas 2, JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional;

  1. Professional Engineer with Practicing Certificate (PEPC) No C112850

b) Lain-lain Kelayakan Kekompetenan;

  1. JKR Senior Registered Project Manager–no SR0008/09
  2. JKR Project Manager Certification Assessor–no A0019/10
  3. Sijil Kompetensi Structural Engineering (Bridge) Tahap 3
  4. Sijil  Perakuan Kecekapan Pengurusan - Pengurus Projek Pembinaan CIDB no CIDB/CCPM/18/0036

c) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. 1999 terlibat dalam penyediaan Work Instruction untuk rekabentuk jambatan sebagai sebahagian dari dokumen ISO 9001 JKR. Juga terlibat sebagai auditor dalaman
  2. Committee Member 6th REAAA Conference Road Safety Workshop Sub-Committee 1990
  3. Sijil Penghargaan sumbangan kepada penganjuran 21st World Road Congress 1999
  4. Member, Seminar Proceeding Sub-Committee untuk Seminar Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya 1991 penganjuran  JKR and JICA
  5. Penyediaan soalan untuk PTK 2007 bagi skop kejuruteraan  jambatan untuk jurutera, pembantu Teknik dan Juruteknik.
  6. Ahli panel penilai untuk persembahan individu PTK TK3 2007
  7. Wakil JKR Lembaga Tender (B) Kementerian Pendidikan 2005Ahli Pasukan Khas teknikal dalam Inisiatif baik Pulih dan naik Taraf Hospital Lama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  8. Assessor  bertauliah untuk program PM CBAS JKR
  9. Wakil KPKR untuk Ahli Jawatankuasa EOT bagi Perbadanan Aset Keretapi tahun 2019
  10. Wakil KPKR untuk Ahli Jawatankuasa VO bagi Perbadanan Aset Keretapi tahun 2019
  11. Panel Temuduga untuk Kenaikan Pangkat ke J48 dan J52 peringkat JKR Tahun 2019
  12. Panel Temuduga Cuti Belajar Bergaji Penuh peringkat Sarjana dan PHD tahun 2016/2017

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Penerbitan Bridge Aesthetic Guidelines, REAM, 1999 – penyediaan bersama Ir Kamaluddin Abdul Rashid dan Pn Normala Hassan
  2. Pembentangan Bridge Aesthetics Guidelines di 3rd Malaysian Road Conference 1999
  3. Pembentangan Challenges of Managing Projek KKR2 di Seminar ICOBUS Nov 2016.
  4. Pembentangan JKR Experience in MRT Line 2 Projects at SOC 2018 dan Mesyuarat Jurutera Awam 2018.

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Augerah Khidmat Cemerlang 1991
  2. Anugerah Khidmat Cemerlang 2009
  3. Anugerah Khidmat Cemerlang 2019

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBrs. Ir ROSLINA BINTI ABDUL RAHMAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.