Date: Selasa, Julai 31, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ir. ROZIAH BINTI AHMAD, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Ogos 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Jurutera Elektrik pada 24 Ogos 1984 dan ditempatkan di Jabatan Jemaah Pemeriksa Elektrik, Kem. Tenaga Telekom dan Pos. Sepanjang 34 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1. Tahun 1984 – 2001                     : Jurutera Elektrik di Jabatan Jemaah Pemeriksa Elektrik, Kem. Tenaga Telekom dan Pos
2. Tahun 2001 – 2005                     : Jurutera Elektrik di Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IP JKR Malaysia
3. Tahun 2005 – 2007                    : Jurutera Elektrik Kanan di JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
4. Tahun 2007 – 2008                     : Jurutera Elektrik Penguasa di Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
5. Tahun 2008 – 2012                     : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan di Cawangan Kerja Kesihatan, IP JKR Malaysia
6. Tahun 2012                                 : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan di Cawangan Pengurusan Korporat, IP JKR Malaysia
7. Tahun 2012 – 2013                     : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan di Cawangan Kerja Kesihatan, IP JKR Malaysia
8. Tahun 2013 – 2017                     : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan di JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
9. Tahun 2017 – 2018                     : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan di Cawangan Kerja Pendidikan, IP JKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dalam Perkhidmatan

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1991
2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2005
3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.