Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Shabri bin Shaharom, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia yang telah bersara sebagai kakitangan awam mulai 01 September 2016.
Beliau telah mula berkhidmat pada 16 Jun 1982. Sepanjang berkhidmat selama 34 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di JKR WIlayah Persekutuan, JKR Kedah, IKRAM, KLIA, JKR Selangor dan HPU.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.
- 1162 bacaan